Seorang pelanggan terkejut menerima bil 31,475 dirham (RM37,147) ketika makan di restoran milik cef terkenal, Salt Bae di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), lapor portal berita Daily Star semalam.
Pelanggan yang dikenali sebagai Mitch itu memuat naik video di TikTok menerusi akaun @mitchthird dan menunjukkan resit 31,475 dirham itu baru-baru ini. Antara hidangan dalam bil itu termasuk stik Golden Ottoman berharga 3,000 dirham (RM3,540), dua botol wain Bonnes Mares berharga 23,980 dirham (RM28,301) dan satu hirisan avokado 75 dirham (RM88.52) Mesej di hujung bil yang telah dibulatkan itu juga menjelaskan bahawa caj perkhidmatan tidak disertakan. Ramai netizen di TikTok terkejut melihat harganya seperti yang dikatakan seorang pengguna: “Saya tidak akan membayar untuk itu walaupun saya kaya.”
Seorang lagi netizen berkata: “Saya akan membawa avokado dan air saya sendiri? Betulkah ia (stik) diperbuat daripada emas?” Salt Bae atau nama sebenar Nusret Gokce berasal dari Turkiye sebelum ini terkenal dengan hidangan stik bersalut emas di restoran miliknya itu, Nusr-Et. Sumber: Kosmo
|
Thunderclouds replied at 14-1-2023 08:18 PM
Brapa round of content laaa baru org xtekejut pas pelahap mcm² kt situ. Ntah menda².
green~tea replied at 14-1-2023 08:32 PM
Wine tu yang mahaiiii.. steak standard saltbae dubai mmg rm2-3k
oyo_miow replied at 14-1-2023 08:50 PM
teringin je nk minum wine
Decaffeinated replied at 14-1-2023 09:38 PM
Then, why don't you?
oyo_miow replied at 14-1-2023 09:40 PM
kat pantai timur susah cari
Decaffeinated replied at 14-1-2023 09:45 PM
Ohh... ingatkan tunggu arak syurga
oyo_miow replied at 14-1-2023 08:50 PM
teringin je nk minum wine
green~tea replied at 14-1-2023 10:21 PM
Ko kena mati dulu.. nnti hirup kat sorga sambil drive lamborghini
ADVERTISEMENT