CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Markah Kebersihan 89 Peratus, Pemilik Bersuara Isu Nasi Kukus Tikus

14-1-2023 08:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1776| Komen: 16

Penemuan kepala tikus dalam menu nasi kukus di sebuah restoran di Putatan, Sabah, baru-baru ini ternyata menggemparkan orang ramai.

Susulan video yang tular, pelbagai reaksi disuarakan netizen terutama mengenai isu kebersihan membabitkan restoran yang semakin banyak dilaporkan sejak kebelakangan ini.



FB

Di sebalik komen negatif serta kecaman ramai, seorang pekerja restoran berkenaan yang dikenali sebagai Syida menerusi TikTok memaklumkan bahawa premis tersebut dijamin bersih dan beroperasi seperti biasa sejak Jumaat.

Sementara itu, menerusi laman Facebook, Syida turut berkongsi kenyataan pemilik restoran mengenai maklum balas berhubung status kebersihan premis.

"Pada 12 Januari 2023, terdapat hantaran WhatsApp yang viralkan berkaitan terdapat tikus di dalam nasi di Restoran Nasi Kukus * G*****, dan pada hari yang sama pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah datang ke premis restoran kami dan jalankan pemeriksaan keseluruhan premis.


"Hasil pemeriksaan, Pejabat Kesihatan memberi markah sebanyak 89 peratus terhadap tahap kebersihan kedai kami. Pemeriksaan juga tidak menjumpai kesan tikus atau kekotoran yang tidak elok di premis kami," dakwanya dalam kenyataan itu.




Bagaimanapun menurut pemilik, pihak penguatkuasa kesihatan menasihati pihaknya untuk menutup premis pada hari tersebut untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan sekali lagi.

Hasil semakan mStar, belum ada kenyataan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berhubung pemeriksaan di restoran tersebut


FB

Terdahulu, tular satu video berdurasi 11 saat yang dimuat naik seorang pelanggan restoran tersebut, di mana kelihatan sesuatu bersalut kuah yang didakwa sebagai kepala tikus.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 14-1-2023 08:15 PM
89% tu sebenarnya boleh tahan kotor dan tak ikut peraturan dek. 92% ke atas baru cemerlang.
Quote dua_chzy 14-1-2023 08:16 PM
Hampir pegi 85. Pft.

Gred tu saja dengan penilaian kebersihan kantin sekolah.
Quote Belibis 14-1-2023 08:26 PM
Markah 100% pun takde makna kalau sampai kepala tikus jadi lauk..
Quote imransulaiman 15-1-2023 09:14 AM
dua_chzy: 89% tu sebenarnya boleh tahan  ...


Apa nama restoran tu kaka?
Quote imthegirl 15-1-2023 10:19 AM
Masa Pej Kesihatan datang tu bukan owner kedai dah tau ke pasal kepala tikus tu? Ikut logik tentu dah sental segala inci dapur.
Quote namieamuro 15-1-2023 10:27 AM
pasni kene menyamar jd pelanggan la. dtg hari biase. 89 je kot
Quote Cokoro 15-1-2023 10:34 AM
Mcm mna kepala tikus tu duk ada itu yg mnjadi persoalan. ke sebagai perisa tambahan
Quote Firenzza 15-1-2023 03:35 PM
Badan + ekor tikus kt mana?
Quote sharlenetexas 15-1-2023 03:50 PM
namieamuro replied at 15-1-2023 10:27 AM
pasni kene menyamar jd pelanggan la. dtg hari biase. 89 je kot

Menteri kesihatan sila menyamar.

Quote dua_chzy 15-1-2023 04:05 PM
imransulaiman replied at 15-1-2023 01:14 AM
Apa nama restoran tu kaka?

Nasi Kukus D Garden Putatan jika tak silap.
Quote Dovahkiin 15-1-2023 04:11 PM
Asal kedai melayu mesti ada D'. Tak kreatif langsung.
Quote vespa_oren 15-1-2023 07:34 PM
dua_chzy replied at 15-1-2023 04:05 PM
Nasi Kukus D Garden Putatan jika tak silap.

sedap k nasi kukusnya
Quote 7doors 15-1-2023 07:41 PM
Owner asal semenanjung.. Sama je rasa nasi kukus kat smnnjung
Quote dua_chzy 15-1-2023 09:32 PM
vespa_oren replied at 15-1-2023 11:34 AM
sedap k nasi kukusnya


Tak pernah pi. Tapi aku tak pernah jumpa lagi nasik kukus sedap di area pantai barat Sabah ni. Semua yang aku try, semua hauk tak cukup rasa.
Quote vespa_oren 15-1-2023 09:57 PM
dua_chzy replied at 15-1-2023 09:32 PM
Tak pernah pi. Tapi aku tak pernah jumpa lagi nasik kukus sedap di area pantai barat Sabah ni. Sem ...

jika kt tawau ada satu sedap nasi kukus pak ali, tapi mula2 buka memang sedap sekarang kurang dah rasanya
Quote Tembikaigoreng 16-1-2023 07:48 AM
Aku geram kenapa org tu tak cuci then bagi tgk kepala tikus Tu?? Bagi jelas sikit LOLL

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.144724 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top