Baru-baru ini tular gambar ‘income’ seorang penghantar makanan di Twitter. Pengguna dengan nama akaun @norazambudin berkongsi tangkap layar video TikTok menunjukkan seorang rider syarikat penghantaran terkenal mendakwa memperoleh RM200 sehari.
Selain pendapatan hariannya, penunggang itu juga mendedahkan bahawa dia mempunyai lebih RM100,000 dalam e-dompet Grab miliknya, yang kesemuanya diperolehi semasa bekerja sebagai rider Grab. Terkejut dengan pendapatan rider itu, pengguna Twitter bertanya kepada pengikutnya sama ada benar penunggang penghantar makanan boleh memperoleh wang sebanyak itu. Berikutan tweet tular itu, ramai rakyat Malaysia tertanya-tanya sama ada rider penghantar makanan benar-benar boleh menjana ‘income’ sebanyak itu. Seorang netizen berkongsi bahawa rider hanya boleh memperoleh wang sebanyak itu jika mereka bekerja siang dan malam. Bagaimanapun, jika rider kerja kerasa sebegini boleh membahayakan kesihatan mereka. Sehingga berita ini ditulis, ia masih belum disahkan sama ada imej tersebut telah disunting. Tweet itu bagaimanapun telah mendapat lebih 1.1 juta tontonan dan telah ditweet semula lebih 1,800 kali di Twitter. Sumber: Murai
|
hyie replied at 14-1-2023 02:15 PM
baik dia withdraw dan labur kat asb, th, bank rakyat, atau lain2 yang boleh bagi duit tu beranak. Ke ...
gigahertz replied at 14-1-2023 10:47 PM
Ni semua propaganda Grab je
Sebab Grab perlukan lagi ramai rider
Utk maintain fare.yang sedia ada ...
hyie replied at 14-1-2023 03:14 PM
boleh jadi kan chuols...kat tempat weols kan, area penang ni, food panda dah macam kurang sangat, ...
fefeeling replied at 14-1-2023 11:09 PM
Mcm edit je? Layout interface tak balanced
kitaserupaaa replied at 14-1-2023 10:42 PM
Kawan aku bawak grab & sambil2 tu buat food delivery untuk grab. Tapi dia kata income tak masyuk man ...
akies replied at 14-1-2023 11:01 PM
Haah yela..lepas tu korang bawa moto tk tgk kiri kanan..keluar simpan meluru je..
Langgar traffic li ...
makadek replied at 14-1-2023 10:37 PM
So takyah kesian la kt rider
ADVERTISEMENT