CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tujuh Tahun Tunggu Zuriat, Suami Isteri Reda Dapat Anak Kembar 4 Tapi Semua OKU

14-1-2023 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2351| Komen: 17

Selepas penantian bertahun-tahun, pasangan suami isteri ini akhirnya mendapat zuriat sendiri.

Bukan seorang atau dua anak, sebaliknya pasangan ini dikurniakan anak perempuan kembar empat selepas tujuh tahun menunggu untuk menimang cahaya mata.


Namun dalam kegembiraan itu, siapa sangka mereka diuji lagi apabila keempat-empat anak kembar berkenaan mengalami kurang upaya intelektual.




Bercakap kepada mStar, wanita berkenaan, Norhayu Mat Hanafi mengakui rumah tangga yang dibina sejak 2003 sangat sunyi tanpa anak selama enam tahun sebelum disahkan hamil.

Lebih mesra disapa Ayu, katanya, hanya tuhan sahaja yang tahu perasaannya apabila menerima perkhabaran yang amat menggembirakan itu.

"Saya dan suami cuba pelbagai cara termasuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Pernah terfikir, ingat selepas lima tahun kalau tak ada rezeki, kami bercadang nak ambil anak angkat.


"Syukur Alhamdulillah akhirnya dapat juga anak. Memang seronok dan tak sangka sebab sentiasa menunggu, kembar empat pula tu," katanya ketika dihubungi mStar.



Bagaimanapun, kegembiraan wanita berusia 41 tahun itu tidak lama apabila empat anak kembarnya didapati mengalami masalah pertuturan dan pembelajaran serta hiperaktif ketika usia mereka lima tahun.

"Cikgu mereka yang mula-mula dapat kesan keadaan anak-anak saya. Kami bawa pergi jumpa doktor dan mengesahkan mereka menghidap kurang upaya intelektual.

"Tengok macam normal, tapi mereka kanak-kanak istimewa. Umur sekarang 12 tahun tapi perwatakan macam kanak-kanak usia tujuh tahun," ujarnya yang berasal dari Jitra, Kedah.




Menurut ibu kepada enam cahaya mata itu, dia pada mulanya berat hati untuk berdepan dengan situasi sukar itu.

"Mulut je kata reda tapi hati tu rasa berat, tapi lama-kelamaan saya mulai terima. Saya bersyukur sangat kerana dapat sokongan dan semangat daripada orang sekeliling.

"Saya rasa bersyukur kerana setiap kali fikir tentang kesusahan ini, sebenarnya ada lagi yang lebih susah daripada saya. Malah ada yang dah kahwin lebih 10 tahun masih belum dikurniakan zuriat," katanya sambil menambah dua lagi anaknya berusia enam dan dua tahun.

Mengenai empat anak kembarnya yang menyertai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), suri rumah itu mengakui anak-anaknya menceriakan hari-hari mereka sekeluarga.

"Dulu masa tak ada anak, sangat sunyi. Sekarang ni rumah tak pernah sunyi. Anak-anak kembar saya mempunyai bakat dalam mewarna, boleh mewarna dari pagi sampai malam.

"Harapan saya dan suami agar anak-anak dapat menguruskan diri mereka apabila kami sudah tiada lagi.

"Saya belajar hidup ini kena sentiasa positif dan reda apa yang ditakdirkan untuk kita. Pada masa sama, saya juga memberi sokongan kepada mereka yang belum ada rezeki anak.

"Saya pesan jangan ambil hati dan layan perasaan kalau ada orang tanya pasal anak. Jangan sensitif, jadi macam saya dan suami sama-sama check dan Alhamdulillah kami normal cuma belum ada rezeki masa tu, apa yang penting suami isteri kena mainkan peranan," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 14-1-2023 12:48 PM
benda lain boleh tahan lagi, bab hyperaktif tu aku surrender la

Quote exclusive_vvip 14-1-2023 12:53 PM
Decaffeinated replied at 14-1-2023 12:48 PM
benda lain boleh tahan lagi, bab hyperaktif tu aku surrender la

hiperaktif leh makan ubat..tapi parents kat malaysia  ramai yg xnak bagi..termasuk la pelakon wanita sorang tu..
Quote airmineral 14-1-2023 12:57 PM
kesiannya.huhu
gmbr kecik² tu comellll
Quote shernazz 14-1-2023 02:30 PM
exclusive_vvip replied at 14-1-2023 12:53 PM
hiperaktif leh makan ubat..tapi parents kat malaysia  ramai yg xnak bagi..termasuk la pelakon wani ...

Hyperaktif ni biasanya nanti akan jadi bipolar kan..
Mcm.ada kawan iols.neh...
Dia.adhd...pastu bila.dah menengah..doc.diagnosis dia.bipolar..
Kena.makan ubat..
Quote Adrif 14-1-2023 03:40 PM
kembar 4 ni, macam mana nak bezakan masa baby tu. semua nampak sama
Quote mejaputih 14-1-2023 04:08 PM
Perbelanjaan pun byk dpt kembar 4 ni...hrp dorg buat preparation for their future...
Quote Suchi 14-1-2023 04:21 PM
Bagus mak pak depa tak merungut pun,teringat dulu tgk rancangan oprah, ada kisah pasal baby tu ada masalah dgn jantung kot.
Bapak tu kata tak mengapalah dapat anak tidak sempurna pun sekurang2nya ada anak juga.

So maybe mak pak kembo4 ni pun sama, bkn senang jaga anak adhd tp dorang nampaknya menerimanya dgn positif.
Dah besar ni nampak elok je bergambo sama2 idoklah berlari manjat kabat sana sini
Quote Nana_Man 14-1-2023 04:36 PM
Mesti tak sangka yg budak2 tu sebetulnya ada masalah gini..
Quote becir 14-1-2023 04:44 PM
Kenapa dah besar nampak muka masing2 oku, time kecik nampak biasa je. Tabahla parents diaorg ni..in future bila parents dah takde adik pulak mengadap
Quote jazaa100 14-1-2023 04:53 PM
Dah besar rupanya....
Kat tiktok tunjuk masih sek ren
Quote kotakominami 14-1-2023 04:58 PM
Semoga dipermudahkan...harap adik dia yg normal tu ready mental fizikal.....ajar diorang dr awal personal hygene biar jadi rutin...kalau mampu buat rumah berpagar, lantai mozek jangan kayu sebab bila umor diorang meningkat nanti dia punye tantrum memang abih brg dlm rumah....kena stanby dr sekarang sebab semua ni kos tinggi....
Quote Zeatyisaac 14-1-2023 05:32 PM
jazaa100 replied at 14-1-2023 04:53 PM
Dah besar rupanya....
Kat tiktok tunjuk masih sek ren

Murid integrasi pendidikan khas berada di sekolah rendah sehingga berumur 15 tahun.
By the way, okay je mereka. Mampu berdikari dan jaga diri sendiri. Kalau ada kemahiran, mereka boleh bertani, masak dan menjahit. Walaupun bukan untuk international, sekadar mampu mencari rezeki sendiri, alhamdulillah dah cukup bagus.
Quote zuri154 14-1-2023 06:05 PM
becir replied at 14-1-2023 04:44 PM
Kenapa dah besar nampak muka masing2 oku, time kecik nampak biasa je. Tabahla parents diaorg ni..in  ...

Aku igt aku sorg je yg nmpk mcm tu. Kecik2 nmpk semua comel. Bila makin besar terserlah OKU nye. Mmg mencabar besarkan anak OKU mcm ni. Lebih2 lagi bile nnt datang nafsunye. Mcm mana mereka nk kawal x tau la sb akal mereka x sama mcm org normal.
Quote Minami2013 14-1-2023 06:07 PM
Dugaan hidup.. sampai 4 oku. Moga Allah permudahkan urusan pasangan ini.
Quote margo20 14-1-2023 06:57 PM
Kurus tinggi anaknye bole jd model
Quote rosedemon 16-1-2023 07:54 AM
bertabahlah ya.semoga kuat
Quote mawarputih2612 16-1-2023 08:45 AM
besarnya pahala kedua ibu bapa dan kluarga ini

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.047202 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top