CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trend Mandi Lumpur Secara Live Makin Popular Di TikTok, Tak Peduli Penyakit Asal Dapat Duit

14-1-2023 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1290| Komen: 9

JAKARTA – Trend pengguna aplikasi TikTok bersiaran langsung mempamerkan aksi mereka mandi lumpur semakin popular dalam kalangan netizen di Indonesia, lapor laman berita Detik hari ini.

Aktiviti yang dilakukan oleh ramai netizen dewasa termasuk warga emas itu dimulakan dengan merendam diri di dalam mandian keruh campuran air dan lumpur.


Kemudian, penonton yang ingin menyuruh individu tersebut menyiram lumpur pada badan mereka diminta menghadiahkan satu syiling sebagai ganjaran. 




Antara yang menjalankan  siaran langsung sedemikian termasuk akaun @atorizzs. Video-video yang dimuat naik di akaun itu memaparkan beberapa wanita muda, dewasa dan warga emas mandi lumpur.

Sementara itu, pakar kulit dari Pusat Kulit DNI, Dr. Darma berkata, trend itu sudah tentu berbahaya untuk kulit manusia.

Mandi menggunakan air kotor berpotensi menyebabkan pencemaran mikroorganisma penyebab penyakit.


Air kotor boleh mengandungi bahan kimia, bahan buangan, logam berat dan bahan organik dan bukan organik seperti najis dan air kencing.

“Pendedahan kepada air yang tercemar boleh menyebabkan penyakit kulit seperti jangkitan kuman. Mereka juga berisiko mengalami alahan atau ekzema,” kata Dr Darma.

Menurutnya, trend mandi lumpur perlu ditangani dengan bijak memandangkan ia berisiko membahayakan kesihatan dan tiada kajian yang membuktikan kebaikan mandi lumpur. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote j3m4h 14-1-2023 11:14 AM
Pengemis tiktok yg sampah..kalo lalu kat tt aku not interested kan sajok..annoying sgt..
Quote Radzor 14-1-2023 11:55 AM
Manada mengemis. Dorg berbisnes tu. Konsep supply and demand maseh apply. Mcm berlakon movie la nak tgk kne bayar
Quote Decaffeinated 14-1-2023 01:26 PM
Pernah mandi lumpur kat Tangkuban Perahu. Mandi kaki ja lah ada orang urut, bayar 100k kot tak berapa ingat.


Quote Itzy 14-1-2023 01:43 PM
Walau aku tak suka sangat dengan perangai2 indon ni, kadang2 aku kesian tengok kemiskinan hidup mereka buat mereka hidup melarat dan kena buat apa saja kerja demi untuk hidup.
Quote Adrif 14-1-2023 03:46 PM
Itzy replied at 14-1-2023 01:43 PM
Walau aku tak suka sangat dengan perangai2 indon ni, kadang2 aku kesian tengok kemiskinan hidup mere ...

betul. sapa yang pernah merasai kebuluran, lapar teramat sangat je faham

bila dah lapar, rasional boleh hilang
waktu tu, sanggup buat apa saja demi hilang lapar.
badan dah masuk survival mode. do or die

on the other hand, bila bab indonesia ni.. banyak benda pelik2 diorang buat.. di bawah common sense..
Quote dua_chzy 14-1-2023 08:07 PM
Takyah kesiankan Ndon. Hakikatnya meka jauh lebih kreatif dan resilient berbanding ummah subsidi kau di tanahair ini.
Quote Cokoro 14-1-2023 08:14 PM
Ade kes kt indon ada budak umo belas2 culik dan bunuh bdk umo 9 tahun kut. Bunuh sbb nk ambil ginjal dan jual. Duit tu katanya nk bg kt femili buat rumah
Quote noor2 14-1-2023 08:16 PM

[youtube]wSDaQfjjcQY[/youtube]
Quote rosedemon 16-1-2023 07:54 AM
jap lagi ,lysia tiru mmg siap ko kena kecam

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.106773 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top