CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesalah Tak Dihukum Sebab Penjara Dah Penuh

14-1-2023 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 891| Komen: 4

LONDON – Sebuah mahkamah di tenggara England dimaklumkan supaya tidak menghantar pesalah ke penjara kerana penjara sudah penuh dengan banduan, kata Hakim Daerah, Stephen Leake seperti dilaporkan portal berita MailOnline.


Situasi itu menyebabkan seorang pemandu lori, Fabian Greco dijatuhi hukuman penjara tertangguh dan bukannya 18 minggu penjara selepas didapati bersalah menyerang seorang pemandu lori lain dalam insiden ‘samseng jalan raya’.

Ketika menjatuhkan hukuman di Mahkamah Majistret Medway, Hakim Daerah, Stephen Leake berkata, hukuman tersebut wajar kerana penjara sudah penuh.


Fabian Greco, Foto: Mail Online

Beliau berkata: “Kemarahan jalan raya dipandang serius oleh mahkamah, tetapi pada masa yang sama, saya dapati anda tidak mempunyai sabitan sebelum ini dan tiada perbicaraan kerana anda mengaku bersalah yang bermakna mangsa tidak perlu memberi keterangan.


“Penjara penuh dan Panduan Operasi Melindungi telah dikeluarkan kepada mahkamah untuk mengurangkan tekanan ke atas penjara sebanyak mana yang mungkin.”

Hukuman itu bermaksud Greco tidak akan dipenjara sekiranya dia tidak melanggar undang-undang sepanjang tempoh hukuman ke atas dirinya.

Dia memandu lorinya di Persimpangan Darenth di Dartford apabila dia hampir terlibat dalam kemalangan dengan pemandu lori yang lain pada tahun lalu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Hoshhi 14-1-2023 07:37 PM
Macam tu pun boleh ke[em:3:]
Quote Thunderclouds 14-1-2023 09:01 PM
Pesal xdenda ngn caning 2-3das as replacement jail time tuh
Quote rosedemon 16-1-2023 07:53 AM
pon bolehhh. senang la buat jenayah alasan pnjara penuh
Quote eizarz 24-1-2023 07:36 AM
alasan tak masuk akal…

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.034830 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top