CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Rentung Terperangkap- "Dengar Bunyi Siren Bomba, Tak Sangka Rumah Ibu Yang Terbakar"

14-1-2023 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 701| Komen: 1

KANGAR – Seorang tukang kebun tidak menyangka bunyi siren bomba yang didengarnya ketika sedang bekerja rupa-rupanya menuju ke kediaman ibunya yang terbakar di Felcra Lubuk Sireh, Kaki Bukit di sini kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 tengah hari itu, Amirul Mat Saad, 39, kehilangan ibunya, Azizah Panjang Karim, 61, yang maut dalam sebuah bilik selepas terperangkap dalam kediamannya yang musnah dijilat api.

Menurut Amirul yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik, ketika kejadian dia sedang bekerja tidak jauh daripada kediamannya dan hanya ­mengetahui rumah ibunya terbakar selepas dimaklumkan isterinya.


Foto: Kosmo

“Saya ada dengar bunyi siren bomba, namun tidak menyangka sama sekali bahawa kediaman ibu yang terbakar. Saya tinggal di Felcra Lubuk Sireh dan tidak jauh dari rumah ibu.

“Ibu tinggal bersama bapa saudara namun ketika kejadian dia terperangkap seorang diri di dalam rumah sebelum ditemui meninggal dunia,”katanya ketika ditemui di sini semalam.


Menurut Amirul, kali terakhir dia menemui ibunya kira-kira seminggu lalu namun tidak mendapati sebarang perubahan daripada segi tutur kata mahupun perlakuan wanita itu.

“Ibu menghidap masalah mental sejak saya masih kecil dan masih berulang-alik menerima rawatan psikiatri di Hospital Tuanku Fauziah di Kangar.

“Ibu boleh bercakap dan memasak ­seperti orang lain, namun masih memerlukan rawatan di hospital,” jelasnya yang juga mengambil upah memotong dan meracun rumput.

Katanya, mereka sekeluarga reda dengan kejadian menimpa ibunya dan menganggap ia ketentuan Ilahi yang perlu ditempuhi semua.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan seorang warga emas Azizah Panjang Karim, 61, yang menghidap masalah mental rentung dalam satu kebakaran di Felcra Lubuk Sireh dekat Padang Besar.

Dalam kejadian itu, Azizah ditemui maut dalam dalam sebuah bilik selepas terperangkap dalam kediamannya yang musnah dijilat api. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 16-1-2023 07:53 AM
sian ek. kalau x mental msti dah lari keluar

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.036157 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top