CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mendapan Semakin Lebar- Penduduk Gelisah, Setiap Kali Hujan Rumah Jadi Senget

14-1-2023 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 979| Komen: 7

SEREMBAN – Beberapa penduduk hidup dalam kebimba­ngan ekoran bila-bila masa boleh menjadi mangsa tanah runtuh sejak berlaku mendapan yang membahayakan orang ramai di Jalan Warisan Puteri A40, Pre­sint 4 di sini.


Penduduk mendakwa, kejadian itu berlaku sejak Oktober tahun lalu apabila kesan mendapan tersebut boleh mengancam keselamatan penduduk yang tinggal berdekatan dan pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut.

Seorang penduduk, Amran Hamid, 64, berkata, dia amat risau kerana mendapan itu berlaku hampir dengan rumahnya.


Foto: Kosmo

“Saya tinggal di sini sejak sembilan tahun lalu. Mendapan ini semakin melebar terutama ketika hujan hingga saya bimbang jika rumah jadi senget jika berlaku pergerakan tanah.

“Pada Oktober lalu, sebuah kereta jiran yang diletakkan di tepi jalan hampir menggelongsor selepas tanah di situ tiba-tiba mendap,” katanya ketika ditemui.


Pengerusi Persatuan Penduduk Presint 4, Ismail Mahat pula berharap Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menyegerakan kerja baik pulih kerana dikhua­tiri berlaku bencana yang boleh menjejaskan nyawa dan rutin harian penduduk.

Sementara itu, tinjauan mendapati kejadian tanah mendap turut dilaporkan berlaku di kawasan perumahan Presint 5 Taman Wa­risan Puteri di mana lubang mendapan semakin membesar terutama ketika musim hujan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Presint 5 Taman Warisan Puteri, Datuk Redhuan Sabaruddin berkata, mendapan itu pada mulanya bersaiz setengah meter pada 2017 tetapi kini semakin melebar.

“Tanah mendapan yang terletak di belakang rumah penduduk ini kini bersaiz 10 meter dengan kedalaman dua meter.

“Lebih merisaukan, jarak mendapan ini dengan rumah kami hanya sekitar 20 meter, jika hujan air akan bertakung dan mengalir menyebabkan lubang mendapan ini menjadi lebih besar,” katanya.

Redhuan berkata, pihak MBS memaklumkan bahawa mendapan tanah berpunca daripada kebocoran sistem perparitan bawah tanah.

Tambahnya, dia dimaklumkan bahawa MBS dalam proses menyediakan tender untuk membaik pulih tanah mendap tersebut. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 14-1-2023 11:06 AM
Samada tambak atau pindah. Nak pindah sgtlah costly. Memang pening..
Quote acikhan 14-1-2023 12:24 PM
oh berdekatan ngan taman haku, tp belah Mana ye...ok nanti nk g Cari la
Quote any42 14-1-2023 01:12 PM
risaunya kjadian bleh blaku sklip mata
Quote gorjeous 14-1-2023 01:19 PM
Bahaya, dekat dgn rumah.
Quote Belibis 14-1-2023 01:37 PM
Adakah tapak pelupusan sampah yang ditambak,kemudian buat perumahan??
Quote shernazz 14-1-2023 02:26 PM
Igt kat putrajaya
Rupanya kat nogori..
Mmg.pening kalau mendap2 neh...adoi...
Dah la rumah bukan harga singgit dua
Quote rosedemon 16-1-2023 07:52 AM
nantikan tragedi baru tak lama lagi

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.130134 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top