CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Chef Wan Berhabis RM350,000 Untuk Rawatan Ibu, Bahagia Dapat Jaga Arwah Dengan Baik

14-1-2023 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4423| Komen: 47

Demi ibu tercinta, cef selebriti Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan membelanjakan wang sebanyak RM350,000 untuk tujuan perubatan Cik Ani atau Noraini Abdullah.

Menurut Chef Wan, 64, sepanjang tempoh rawatan itu dia berjimat dalam perbelanjaan dan tidak membazirkan wang untuk perkara yang tidak perlu.


Foto: IG

"Beberapa tahun lalu, saya memperuntukkan kira-kira RM350,000 untuk perbelanjaan perubatan ibu saya bagi perjalanan terakhirnya.

"Saya telah membuat perancangan selama ini dan tidak mahu membazirkan wang untuk sesuatu yang lain," katanya.

Chef Wan berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Jumaat.


Pada Khamis, ibunya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.20 pagi di Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur akibat kanser dan beberapa komplikasi penyakit.

Dalam pada itu, Chef Wan turut menitip pesan kepada orang ramai supaya bersedia daripada sudut kewangan jika ingin memberikan rawatan terbaik buat ibu bapa mereka.



"Jika ingin memberikan ibu bapa anda rawatan perubatan yang terbaik, anda mesti mula menyediakan dana ini atau membeli insurans perubatan buat mereka secepat mungkin," ujarnya.

Meskipun berat menerima pemergian ibunya itu, Chef Wan reda dengan takdir itu dan bersyukur kerana dapat menjaga Cik Ani sehingga ke akhir hayatnya.




"Setiap kali saya bersedih, saya pasti akan memikirkan masa-masa indah bersama ibu yang sentiasa dapat membuatkannya ketawa dan gembira.

"Alhamdulillah, itu adalah ubat kesedihan saya. Tiada apa-apa pun rasa kesalan malah saya bangga dan bahagia kerana dapat menjaganya dengan baik," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Fazsemput 14-1-2023 11:48 AM
Tt ni.. x tau bhasa melayu..eng..atau x tau bace content.  
Quote makita 14-1-2023 11:54 AM
Adik beradik chepone lain mmg x sumbang apa2 ke? Chepone sorg je yg kuar duit utk mak dia. Ke chepone ni sgt terpaling
Quote Hypothetically 14-1-2023 11:58 AM
Good for u chefwan, u did all u cld for her, manusia merancang, Allah yg menentukan. Semoga  di beri kebaikan dan kemanfaatan atas segala jasa baik chef menjaga ibu. Insyaallah, aamiiin.
Quote Atata 14-1-2023 12:21 PM
makita replied at 14-1-2023 11:54 AM
Adik beradik chepone lain mmg x sumbang apa2 ke? Chepone sorg je yg kuar duit utk mak dia. Ke chepon ...

Agak terpaling lah juga, tengoklah dia gigih gambar org cedok makanan lepas kenduri tu, kat meja gedabak ngan perhiasan gedabak lauk pauk bermacam jenis for some people bila ada orang meninggal itu semacam peluang nak bermasak yang hebat2 segala. Ehh tahlah. Hati aku itam.

Tp credit for him lah jaga mak dia, sayang mak dia n provide yg terbaik utk mak dia. Just gaya terpaling dia tu je la merengsakan
Quote virgocircus 14-1-2023 12:24 PM
Alhamdulillah...tiada penyesalan sbb dah buat yg terbaik. Dgn arwah jandanya dulu pun dia jaga n bantu smpi ke akhir hayat. One in a million.
Quote deebiz14 14-1-2023 12:36 PM
TT ni tak bace ker? 350k tu peruntukan jer lah. Dia letak tepi khas untuk perubatan arwah. Tapi final kos pun tak smpi banyak tu!!

Ade duit belen tu biarlah dia berhabiskan untuk kenduri arwah. Puaskan & senangkan hati. Dia tau nnt2 dia bakalan keseorangan tu. Bakal terasa kosong psal slalunya dia ade fokus nak jaga arwah. Skarang da takde.



  
Quote cik_ingeniare 14-1-2023 12:37 PM
Alhamdulillah.. memang terbaik sangat apa yang chef wan buat untuk arwah bonda & arwah ex wife..
Quote sofea86 14-1-2023 12:38 PM
Tt..saya ada buat kelas English..nk masuk x?
Quote Bolabulat 14-1-2023 12:42 PM
Atata replied at 14-1-2023 12:21 PM
Agak terpaling lah juga, tengoklah dia gigih gambar org cedok makanan lepas kenduri tu, kat meja g ...

Dia ke yg masak? Bukan makanan tu dari cafe dia ke?
Quote TomyamPuteh 14-1-2023 01:01 PM
Adakah bunga2 tu utk ucapan takziah? Ghisauuuuu
Quote Atata 14-1-2023 01:41 PM
Bolabulat replied at 14-1-2023 12:42 PM
Dia ke yg masak? Bukan makanan tu dari cafe dia ke?

Emm xtau cuma vibes ghairah nak menayang segala mala dia tu kuat sgt..
Quote hareeeesah 14-1-2023 03:24 PM
TomyamPuteh: Adakah bunga2 tu utk ucapan ta ...


For sure deme ramai kenalan non muslim kan.. biasa la tu hantar kat hospital bouquet gitu..
Quote fefeeling 14-1-2023 03:58 PM
Gleneagles Ampang - Cyber mak ai jauhnya berulang jaga org sakit? Or maybe heoll check in mana2 la kot nearby hospital tu kan.. aku yg duk area kl ni bila laki warded Gleneagles tu pun dah menung pikir berulang alik hari2.. aku request extra katil dlm bilik laki aku, so dgn aku skali tido spital baik2 staff Gleneagles, siap offer aku makanan extra patient yg dah keluar tp aku tak amik la, bkn hak aku nyah..
Quote gekkou 14-1-2023 03:58 PM
respect dia banyk berkorban utk mak dia
mungkin dalam family dialah paling berkemampuan
jadi semua mengharapkan dia
dalam tak sedar, yang nampak mampu pun
terdetik 'kau bagi sket pun jadi lah'
sudahlah dia yang kena jaga
yang keluar duit pun dia

Quote Zeatyisaac 14-1-2023 05:03 PM
Innalillahiwainna ilahirojiun. Salam Takziah Chef Wan. Apapun, Bonda Chef pergi dengan tenang. Almarhumah bertuah mempunyai anak seperti Chef. Berbahagialah.
Quote rayna_raynes 14-1-2023 08:00 PM
makita replied at 14-1-2023 11:54 AM
Adik beradik chepone lain mmg x sumbang apa2 ke? Chepone sorg je yg kuar duit utk mak dia. Ke chepon ...

Rasanya dari segi financial memang takde. Mungkin masing2 biasa je hidup. Tak melarat tp tak kaya raya cam cepone

Quote becir 14-1-2023 08:55 PM
Sure morning after tu chefwan terasa kehilangan sgt2 kan..celik je mata terus teringat mak takde. Masuk bilik mak pun tak sanggup, sebab half expecting her to be there.
Quote putericahaya999 14-1-2023 08:59 PM
Alhamdulillah ank soleh
Quote Lagubestbest 14-1-2023 09:06 PM
Kalau orang lain bantu pun sure kena cancel or kena sailang ngan chepone, hujung2 kena maki jugak sebab kalau chepone buat always bigger better gitu. Pastu meroyan orang lain usahkan duit tenaga pun tak sumbang.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.221784 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top