CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Anwar, Ambil Gambar Kejap," Budak Lelaki Selamba Buat PM Macam Member

14-1-2023 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3990| Komen: 66

Gelagat seorang kanak-kanak lelaki yang ingin bergambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencuit hati ramai.

Mana tidaknya, kanak-kanak berkenaan yang tidak mahu melepaskan peluang mengabadikan kenangan bersama perdana menteri, hanya memanggil beliau dengan panggilan 'Anwar' sahaja.


"Anwar, ambil gambar kejap," kata kanak-kanak tersebut sambil berdiri di sebelah perdana menteri dan mula mengambil foto menggunakan telefon bimbitnya.



Anwar yang terhibur dengan gelagat budak lelaki itu tidak menghampakan 'peminat ciliknya' dan spontan melayani permintaan tersebut.

Video insiden mencuit hati itu dikongsikan oleh wartawan TV3, Khairul Rizuan Azizan menerusi laman Tiktok dan meraih lebih 600,000 jumlah tontonan sehingga kini.

Dalam pada itu, kanak-kanak berkenaan yang sempat ditemui selepas insiden lucu tersebut meluahkan rasa gembira kerana berpeluang bertemu mata dengan perdana menteri.




"Saya rasa macam happy dapat bergambar dengan perdana menteri dan saya nak mengucapkan reformasi," katanya penuh bersemangat sambil mengangkat tangan.

Difahamkan, ia dirakamkan selepas Anwar menunaikan solat Jumaat di Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd. Yusof, Sikamat, Seremban.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat kanak-kanak lelaki berkenaan dan dalam masa yang sama memuji Anwar kerana 'sporting' melayani permintaan 'peminatnya'.

"Dia panggil PM macam panggil kawan.

"Kau akan terkenal di KL nanti, dik!

"Hang memang steady lah, dik!

"Macam member kau buat, dik!," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 14-1-2023 10:21 AM
lepas ambil gambar..."terima kasih anwar" wakakaka..hebat ko dik
Quote Belibis 14-1-2023 10:24 AM
Ni bukan kelakar...ni namanya makpak tak ajar adab..
Quote TomyamPuteh 14-1-2023 10:25 AM
Dgn org tua ko blh pggl nama je? Biadap.
Quote Gigicantik81 14-1-2023 10:42 AM
makadek replied at 14-1-2023 10:38 AM
Igt mat saleh ke... Kurang2 pggl pm
Ke atok ke

Hahahahaha kann . Panggil pakcik pun okey
Quote csham 14-1-2023 10:57 AM
Budak ni x reti solutation..org tua la patut tegur n ajar. Mmg tu sepatutnya..
Quote renko 14-1-2023 11:07 AM
bapak kau pun panggil nama je ke
Quote nikola.tesla 14-1-2023 11:09 AM
Kurang ajar budak ni
Quote harkktuih 14-1-2023 11:10 AM
Mak pak x ajar adab ke dik?
Quote emera 14-1-2023 11:16 AM
Ini biadab. Paling tak pun, panggil la pakcik. Perkara asas.
Quote margo20 14-1-2023 11:18 AM
Panggil la bang non ok sikit
Quote dua_chzy 14-1-2023 11:30 AM
Anak sapa la biadap nak mampus tu. Netizens pun terhibur. Netizens batch 1998 ke atas ye?
Quote she 14-1-2023 11:32 AM
Tak kelakar
Maaf macik tak ajar anak2 macam ni
Sekian terima kasih ku pada mu sampai hujung nyawa
Quote Radzor 14-1-2023 11:47 AM
Mmg nama dia anwar kann..
Quote nikaido 14-1-2023 11:59 AM
mesti budak tu dr famili b40
Quote syaz_lina 14-1-2023 12:03 PM
Mesti dengor mak bapak borak kat rumah troll anwar tak abis2
Quote renko 14-1-2023 12:04 PM
dua_chzy replied at 14-1-2023 11:30 AM
Anak sapa la biadap nak mampus tu. Netizens pun terhibur. Netizens batch 1998 ke atas ye?

netijen indonisasi ni sekarang memang semua terhibur
Quote Skuau 14-1-2023 12:05 PM
ni mesti agenda parti lawan - macai politik
Quote bakingsoda 14-1-2023 12:12 PM
alah korang budak tu blur kot nak address PMX sebagai ape masa tu sbb teruja, mungkin dia rasa pakcik atau atok mcm informal skali haa terus terkeluar nama je
Quote jalfa 14-1-2023 12:13 PM
Reformasi taik apa lagi dekk

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.093094 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top