CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Hari Hilang! Dua Remaja Akhirnya Dijumpa 1200km Dari Rumah, Alasannya Nak Pergi Korea Jumpa BTS

14-1-2023 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1351| Komen: 4

Dua remaja perempuan nekad melarikan diri dari rumah mereka yang terletak di Karachi, Pakistan semata-mata mahu ke Korea Selatan untuk bertemu dengan kumpulan K-pop BTS.

Remaja berusia 13 dan 14 tahun yang dilaporkan hilang itu berjaya ditemui polis di Lahore, kira-kira 1,200 kilometer dari rumah mereka, pada Selasa.


Kedua-dua remaja tersebut yang merupakan peminat BTS, telah dilaporkan hilang dari rumah pada Sabtu, kata pegawai kanan polis, Abraiz Ali Abbasi.

BTS, Foto: IG

Semasa menjalankan siasatan di rumah mereka, polis menemui sebuah diari yang mengandungi rancangan untuk pergi ke Korea Selatan demi bertemu BTS, kata Abraiz dalam satu laporan.

"Daripada diari itu, kami melihat catatan mengenai jadual perjalanan kereta api dan mereka telah merancang untuk melarikan diri dengan seorang lagi rakan yang kami soal siasat kemudiannya," kata Abassi.


"Polis mula menjejaki mereka secara agresif dan mendapati remaja berkenaan berada dalam tahanan polis di bandar Lahore, di mana mereka telah mengembara dengan kereta api," ujarnya.

Remaja berkenaan akan dibawa pulang ke rumah mereka di Karachi dan pihak polis sudah melakukan pengaturan bagi urusan berkenaan. - CARI

Sumber: mStar/Hindustanitimes.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 14-1-2023 07:08 PM
jumpa mcm mana tu. jadi stalker pegi menunggu kat company kah. atau pon tgk kat concert saja kah. bts ni xrasa ada backstage bagai.
Quote mojarean_X 14-1-2023 07:14 PM
Hebatnya penangan kpop walaupun iols smpi skrg x bole faham nape ramai yg suka sgt mereka ni
Quote sukacactus 14-1-2023 07:16 PM
Alahaiii!!
Kalau pun korang berjaya sampai korea sana (which I doubt) xde mana korang boleh senang2 jumpa BTS tu pun la
Ishh budak2 ni la…
Quote rosedemon 16-1-2023 07:49 AM
eloknya biorkan aje kalau mmpos tgh jalan baru ko tau

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.049547 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top