CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lepas Berbulan Jalani Penilaian Psikiatri, Lelaki Bunuh Shinzo Abe Layak Dibicara

13-1-2023 08:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 518| Komen: 0

Lelaki yang dituduh membunuh bekas perdana menteri Jepun, Shinzo Abe didakwa hari ini selepas semakan psikiatri yang panjang mendapati dia layak untuk dibicarakan.

Tetsuya Yamagami ditahan serta-merta selepas menembak mati Abe ketika bekas pemimpin itu memberi ucapan kempen di bandar Nara di barat Jepun Julai tahun lalu.



Voa News

Lelaki berusia 42 tahun itu menghabiskan masa berbulan-bulan menjalani penilaian psikiatri yang berakhir awal minggu ini selepas dia dipindahkan ke balai polis di Nara.

Jurucakap Mahkamah Daerah Nara, Kenichiro Nomura berkata, Yamagami berdepan tuduhan membunuh dan melanggar undang-undang kawalan senjata dan bakal berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Menurut media tempatan, Yamagami mengaku membunuh Abe dan imej yang diambil di tempat kejadian menunjukkan dia memegang dan melepaskan tembakan menggunakan senjata buatan sendiri.


Dia dilaporkan menyasarkan Abe berikutan hubungan bekas pemimpin itu dengan Gereja Penyatuan, mazhab global yang ahlinya kadangkala dirujuk sebagai ‘Moonies’.

Yamagami dipercayai membenci gereja itu atas sumbangan besar yang dibuat ibunya sehingga memufliskan keluarganya.

Kumpulan itu yang secara rasmi dikenali sebagai Persekutuan Keluarga untuk Keamanan dan Penyatuan Dunia telah menafikan salah laku dan berjanji untuk menghalang sumbangan berlebihan daripada ahlinya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.033345 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top