CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Tanding Dua Jawatan Tertinggi: Ada Yang Protes, Laung 'Boo'

13-1-2023 08:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1384| Komen: 12

Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2022) menyaksikan pertambahan usul pada Jumaat di mana jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti.

Usul berkenaan dikemukakan oleh perwakilan daripada Negeri Sembilan dan kini dibahaskan.


Perwakilan UMNO dari Tanjung Piai, Johor, Mohamad Hafif Abdul Kamal mengakui ada sebilangan kecil yang memprotes apabila usul berkenaan dibawa.


Mohamad Hafif (kiri), Fahami Ashrof
Foto: Sinar Harian

Jelasnya, tatkala usul berkenaan dibawa, wujudnya laungan ‘boo’ daripada sesetengah pihak.

“Biasalah itu semua tindak balas spontan. Memang benda itu ada. Tapi majoriti nampaknya (menyokong) untuk tidak dipertandingkan.

“Tapi kita tunggu, tengah dibahaskan, kita tengok esok macam mana. Hari ini baru nak dibahaskan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa PAU 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).


Mengulas isu sama, Perwakilan UMNO dari Tanjong, Pulau Pinang, Fahami Ashrof Badaruddin pula berkata bahawa laungan ‘boo’ itu tidak jelas dan kuat.

“Dalam sorakan itu ada terdengar juga macam ada nak boo, tapi yang boo itu tidak jelas.

“Saya memang di dalam, baru keluar. Tapi memang tak jelas. Mungkin ada segelintir. Kita tak nafikan ada segelintir tapi tak kuat. Yang menyokong lebih kuat daripada yang nak boo,” jelasnya.

Beliau dalam masa sama turut melihat wujudnya ‘pro’ dan ‘kontra’ sama ada jawatan itu dipertandingkan atau tidak.

“Saya melihat bahawa jika dipertandingkan, akan berlaku perpecahan dalam kalangan pemimpin UMNO tetapi jika tidak dipertandingkan, maka jawatan itu mereka harus duduk selari.

“Dan pastikan barisan yang terbentuk itu satu barisan yang sangat kuat untuk menghadapi siri-siri pilihan raya akan datang dan menguatkan kembali parti UMNO,” jelasnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AcikBuncit 13-1-2023 09:33 PM
Parti paling benak dalam dunia
Quote zie_indah 13-1-2023 11:33 PM
Boooooo tooooooo...apo kata demokrasi dok nak pertahan sgt wak tu awat
Quote Firenzza 13-1-2023 11:45 PM
Apa benda ntah kalau bertanding mesti ada perpecahan.....perwakilan pun brngap2 belake dah jd mcm tu baik umngok ikut ideologi komunis lg senang, ahli x puas hati terus pancung
Quote ctaz 14-1-2023 12:38 AM
parti yg dah tahap tukun dah......
perjuangan semua kelaut dah.....
parti ni hidup pun sebab masing nak lepaskan bontot masing2....

Quote eizarz 14-1-2023 07:30 AM
parti bodo..perwakilan bodo..pertahan kan wak porno tu buat ape..penjilat bodo tahap taik anjing
Quote adiputras 14-1-2023 07:43 AM
Sokong membawa rebah
Quote Leonclay 14-1-2023 07:44 AM
Pru pun tukar2 calon.. ni apo nk remain org sama.. x berkembang
Quote ayukpingu 14-1-2023 08:28 AM
ni parti lembu lembu kena tarik hidung.
Quote stingergrumpy 14-1-2023 08:30 AM
Leonclay replied at 14-1-2023 07:44 AM
Pru pun tukar2 calon.. ni apo nk remain org sama.. x berkembang

Wak pornorogol jadi presiden dah berapa lama?

Quote lostnfaun 14-1-2023 08:32 AM
Nampak gaya umno nie hanya bergantung hayat dgn PKR & PH jer la.. selagi tak dibuang pemimpin² dah tua lapok tue..
Quote fortiori13 14-1-2023 09:20 AM
Takut ke tu wak... [em:4:]
Quote ezacbee 14-1-2023 10:07 AM
Boooooo... Sambung sini

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.122211 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top