Bekas pelari pecut wanita negara, Anita Ali meninggal dunia akibat kanser payudara di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.15 petang semalam pada usia 59 tahun.
Menurut Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed ketika dihubungi Bernama berkata, kanser Allahyarhamah merebak sehingga ke hati dan tulang belakang. “Pada Disember lepas, arwah dimasukkan ke PPUM dan pihak YAKEB membawa beliau ke hospital swasta untuk imbasan MRI dan sel kanser sudah merebak dan keadaan arwah semakin parah. “Arwah bersungguh-sungguh melawan kanser namun meninggal dunia pada hari kelahirannya semalam,” katanya. Sumber: Suara Merdeka
|
mojarean_X replied at 13-1-2023 09:48 PM
Innalillah...salam takziah. Btw iols baru dpt khabar berita ex colleague iols kanser hati stage 4 da ...
aina_shaira replied at 13-1-2023 09:49 PM
Diorang umur berapa
ADVERTISEMENT