CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rangkaian Komunikasi ATM Kekal Selamat Walau Diserang Penggodam

13-1-2023 07:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 425| Komen: 0

Description: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan keseluruhan rangkaian komunikasinya yang terdedah kepada capaian internet, kekal selamat.Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, berkata kegiatan pengg ...
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan keseluruhan rangkaian komunikasinya yang terdedah kepada capaian internet, kekal selamat.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, berkata kegiatan penggodam berjaya dikesan awal dan tindakan pencegahan sudah dilaksanakan sewajarnya.


Beliau berkata, modus operandi yang dikesan ialah penggodam melaksanakan e-mel pancingan dengan cubaan serangan secara rawak ke rangkaian e-mel rasmi digunakan oleh beberapa agensi di Kementerian Pertahanan dan ATM.


Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang. - NSTP/ASYRAF HAMZAH

"Aspek keselamatan dan pertahanan siber ATM sentiasa dipantau sebilang masa dalam memastikan segala ancaman yang cuba mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan, dapat ditangani sewajarnya.

"ATM sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa sebagai langkah menangani apa jua kemungkinan tindak balas serangan siber oleh anasir asing yang boleh mengganggu pengoperasian sistem siber serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ATM serta Kementerian Pertahanan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Affendi berkata, segala tindakan yang diambil adalah bagi mencegah, seterusnya mematahkan modus operandi dan penggunaan teknologi semasa oleh penggodam yang sentiasa menjadi ancaman, bukan saja di rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM, malah rangkaian komunikasi strategik pertahanan negara.

Sebelum ini, media melaporkan kumpulan penggodam baharu dikenal pasti sebagai 'Dark Pink', menggunakan e-mel pancingan data serta perisian lanjutan untuk menjejaskan pertahanan tentera di Filipina dan Malaysia, serta organisasi kerajaan di Kemboja, Indonesia dan Bosnia-Herzegovina. 


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-8-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.040928 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top