CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penuntut UPSI Maut, 4 Rakan Cedera Kereta Langgar Pokok Di Susur Keluar Plaza Tol Behrang

13-1-2023 06:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1302| Komen: 8

Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut manakala empat rakannya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok di susur keluar Plaza Tol Behrang di sini hari ini.


Mangsa, M. Yoogavani, 20, beralamat di Sungai Jawi, Pulau Pinang yang juga pemandu kereta jenis Honda City, disahkan maut di lokasi kejadian.


KEADAAN kereta yang melanggar pokok menyebabkan pemandunya, seorang pelajar UPSI maut di susur keluar Plaza Tol Behrang di Tanjung Malim hari ini. - UTUSAN/JBPM PERAK

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, maklumat nahas membabitkan lima pelajar UPSI itu diterima pada pukul 2.55 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati lima sekawan itu dalam perjalanan dari Batu Gajah menghala ke UPSI di Tanjung Malim.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan terlanggar pokok.


“Kemalangan itu menyebabkan pemandu kereta meninggal dunia di lokasi kejadian manakala empat rakannya mengalami luka-luka dan dirawat di Hospital Slim River,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kemalangan berlaku di jalan berselekoh, satu lorong dan satu hala di mana kereta berkenaan remuk teruk di bahagian hadapan sebelah kiri.

“Siasatan awal mendapati punca kemalangan akibat hilang kawalan lalu terlanggar pokok. Siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missbigrockstar 13-1-2023 06:52 PM
Bawa laju ke?
Quote miszclassique 13-1-2023 06:57 PM
missbigrockstar replied at 13-1-2023 06:52 PM
Bawa laju ke?

Kalau tengok ciri2 muda, lelaki, bawak honda, jalan kosong + hilang kawalan tu mcm betul dah sbb bawak laju
Tapi taktau lah kan kalau ade sebab lain
Quote acikhan 13-1-2023 07:04 PM
kg bapak haku...kalo kuar susur behrang nie jln ok beralun + lurus sampai ke bando Tanjung malim
Quote LoveSungmin 15-1-2023 07:24 PM
miszclassique replied at 13-1-2023 06:57 PM
Kalau tengok ciri2 muda, lelaki, bawak honda, jalan kosong + hilang kawalan tu mcm betul dah sbb b ...

benang sebelah kata penuntut wanita..
Quote umie 15-1-2023 08:27 PM
Salah PLUS sbb tanam pokok kat situ. Sila saman PLUS
Quote Tunan 15-1-2023 10:42 PM
Situ berhantu la .. keras.. berani2 la bawak laju
Quote miszclassique 15-1-2023 11:34 PM
LoveSungmin replied at 15-1-2023 07:24 PM
benang sebelah kata penuntut wanita..

Ooo wanita ke
Matik ler i dah terfitnah sheols
Quote Kitty_catz 16-1-2023 08:52 AM
geng2 baru dapat keta mak pak beli.. pehtu cap H pulak tu

takkan bawak 90km/jam

pepe pun salam takziah

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-9-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.135212 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top