CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kejam! Kultus Di India Penggal Kepala Budak Dalam Upacara Korban Manusia Untuk Jadi Kaya

13-1-2023 06:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1201| Komen: 6

Seorang kanak-kanak lelaki menjadi mangsa penculikan sebuah kultus di India.

Lebih menyayat hati, mangsa berusia sembilan tahun itu dipenggal dalam upacara korban manusia ‘untuk menjadi kaya’.



Gambar hiasan

Daily Star seperti dipetik Kosmo melaporkan, selepas dipenggal, mayat mangsa berasal dari sebuah komuniti puak itu dicacatkan dan dibuang.

Sementara itu, The Hindu melaporkan dua lelaki dewasa dan seorang remaja lelaki ditahan susulan penemuan mayat mangsa di Terusan Damanganga dekat bandar Vapi, negeri Gujarat iaitu sekitar 30 kilometer (km) dari lokasi dia diculik.

Difahamkan, mangsa hilang dari Kampung Sauli pada 29 Disember tahun lalu, manakala laporan kes dibuat di balai polis Silvassa pada keesokan harinya.

Mayat mangsa dan senjata dipercayai digunakan dalam upacara ilmu hitam tersebut dihantar untuk pemeriksaan forensik.


“Siasatan pihak kami membawa kepada seorang remaja. Suspek mengaku dia menculik mangsa pada 29 Disember 2022 dari kampung Sayli dan membunuhnya sebagai korban manusia dengan bantuan rakan-rakan konconya,” kata polis dalam satu kenyataan. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 13-1-2023 05:51 PM
Iols x terkejut. Mmg byk i dgr khabar angin sape yg nk famous dan kaya kena korbankan sesuatu even dlm keluarga sendiri.
Quote Zazama 13-1-2023 10:45 PM
Kau tak akan kaya. Semoga merempat la dlm penjara sebagai pengajaran. Anak yg tak berdosa jd mangsa!
Quote sharlenetexas 13-1-2023 10:51 PM
mojarean_X replied at 13-1-2023 05:51 PM
Iols x terkejut. Mmg byk i dgr khabar angin sape yg nk famous dan kaya kena korbankan sesuatu even d ...

Macam tarik duit.


Quote sharlenetexas 13-1-2023 10:51 PM
Teringat pulak datuk mazlan batu talam dan mona serta fendi.


Quote awanearisu 13-1-2023 11:46 PM
Mengorbankan kanak-kanak untuk tukaran dari alam mistik, seperti dalam filem Kumari di Netflix.
Quote green~tea 14-1-2023 12:33 AM
Berenti la beranak mcm arnab tu.. punca puak2 slums delhi tu miskin tak mampu improve taraf hidup sbb tak reti berenti beranak..

Pastu acah2 ritual ilmu hitam bunuh kanak2.. sial laa perangai

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.085861 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top