CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kejatuhan Elon Musk, Takhta Orang Terkaya Di Dunia Kini Dirampas Pemilik LV & Sephora

13-1-2023 01:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1863| Komen: 16

Selepas hampir setahun, akhirnya 'takhta' orang terkaya di dunia Elon Musk dirampas lelaki Perancis, Bernard Arnault, 73, pemilik kumpulan jenama fesyen mewah terkemuka dunia serta pengasas bersama empayar LVMH (Moet Hennessy – Louis Vuitton).


Berdasarkan senarai terbaharu majalah Forbes, Arnault mempunyai nilai kekayaan bersih mencecah AS$192 bilion (RM844.70 bilion) sekali gus menjadi individu paling kaya di dunia pada masa ini.

Sebelum ini, Arnault pernah dinobatkan sebagai orang terkaya di dunia bagi tahun 2019, 2020 dan 2021, namun untuk tempoh yang singkat.



Empayarnya yang menjual produk mewah serta kecantikan seperti jenama Louis Vuitton (LV), Sephora dan lain-lain lagi mempunyai seramai 175,000 pekerja serta 5,500 kedai.

Malah, pada tahun 2021, LVMH bukan sekadar pulih daripada pandemik Covid-19, tetapi turut dilaporkan mencatat jualan dan keuntungan terbesar.


Kumpulan tersebut menjana perolehan sebanyak AS$68.6. bilion (RM300.29 bilion) pada tahun tersebut.

Jumlah tersebut merupakan peningkatan 44 peratus berbanding tahun 2020 setelah sektor barangan mewah terjejas akibat penutupan kedai-kedai fesyen.

Dalam satu temu bual, Arnault berkata, pada awal tahun 1980-an dia telah menghidu banyak potensi dan pertumbuhan global menerusi jualan produk mewah atau lebih tepat lagi produk berkualiti tinggi.

“Saya merasakan kemewahan dunia mungkin tidak relevan sepenuhnya dengan industri kita pada waktu itu.

“Apa yang kami cuba lakukan adalah dengan menghasilkan produk berkualiti tinggi dengan penyediaan pekerja mahir,” katanya.

Tambahnya, kekuatan itulah yang mereka pegang sejak tahun 1980-an dan hasilnya kumpulannya berkembang sehingga mempunyai lebih 70 jenama dengan beberapa daripadanya adalah jenama terbaik di dunia.

Menyorot kehidupannya, Arnault dilahirkan di Roubaix di utara Perancis pada tahun 1949. Arnault merupakan pelajar lulusan École Polytechnique iaitu sebuah sekolah kejuruteraan berprestij di Paris.

Beliau memulakan kerjayanya di syarikat pembinaan milik keluarganya, Ferret Savinel dan menjadi pengerusi pada tahun 1978.

Enam tahun kemudian, beliau mendapat khabar angin bahawa kerajaan Perancis sedang mencari pelabur baharu untuk mengambil alih Boussac Saint-Freres yang merupakan kumpulan tekstil yang muflis dan pemilik aset utama Christian Dior.

Arnault membeli dan mengawal kumpulan itu. Beliau mengembalikan keuntungan dan memulakan strategi untuk membangunkan syarikat barangan mewah terkemuka dunia.

“Dalam proses itu, beliau menghidupkan semula Christian Dior sebagai asas kepada organisasi baharu LVMH,” menurut biografi di laman web LVMH.

Arnault membeli pegangan kawalan dalam LVMH pada 1989, dua tahun selepas kumpulan itu ditubuhkan hasil penggabungan Louis Vuitton dan Moet Hennessy sekali gus dirinya menjadi pengerusi dan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat. Beliau kekal menjadi pengerusi dan CEO LVMH sehingga hari ini sejak 1989.

LVMH lahir daripada penggabungan pada tahun 1987 di antara rumah fesyen, Louis Vuitton dan kumpulan pengeluar minuman keras Moet Hennessy.

Persaingan di antara dua keluarga berbeza yang memiliki kedua-dua syarikat itu membantu Arnault naik pangkat dan dia kemudian mengawal kumpulan tersebut pada tahun 1989.

“Dia seorang perunding yang sukar dilawan tetapi tiada tandingannya, seorang yang berwawasan dan tahu bagaimana untuk mengelilingi dirinya dengan orang-orang baik yang pada akhirnya sentiasa mendapat jalan menerusi satu cara atau cara yang lain,” kata Arnaud Cadart, pengurus portfolio di firma perkhidmatan kewangan Flornoy mengenai Arnault.

Biarpun namanya sendiri mungkin tidak dikenali oleh ramai orang, Arnault telah memainkan peranan penting di sebalik pengembangan jenama-jenama daripada Christian Dior sehinggalah Dom Pérignon.

Sepanjang tiga dekad lalu, beliau telah menjadikan LVMH sebagai kuasa barangan mewah dengan 75 label fesyen, barangan kulit, minyak wangi, kosmetik, jam tangan, barang kemas, wain, minuman beralkohol dan hotel mewah.


BEG tangan LV merupakan antara produk yang menjadi tonggak kejayaan jenama itu kerana menjadi kegilaan ramai tidak kira dalam kalangan pemimpin atau selebriti.

Malah, dia juga berjaya membawa jenama LV bertapak di Beijing, China pada tahun 1992 menerusi pembukaan kedai LV di situ.

Pada awal tahun lalu, kumpulan LVMH juga telah menyelesaikan pengambilalihan bernilai AS$15.8 bilion (RM69 bilion) ke atas jenama ikonik barangan kemas Amerika Syarikat, Tiffany & Co dan ia merupakan pemerolehan terbesar dalam industri mewah tersebut.

Selain itu, Arnault juga dermawan dan melalui LVMH dia turut memfokuskan naungannya pada bidang seni dan budaya.

Pada 2019, kumpulan itu menderma AS$212 juta (RM927 juta) untuk membantu pembinaan semula gereja Notre Dame selepas kebakaran besar melanda rumah ibadat Paris tersebut.

Dalam pada itu, Arnault juga sebenarnya telah lama memegang gelaran orang terkaya di Eropah, tetapi beliau seorang yang merendah diri dan tidak aktif secara peribadi di mana-mana platform media sosial.

Malah, beliau juga jarang bercakap secara terbuka dan tidak sukakan perhatian.

Menjadi orang terkaya di dunia, Arnault juga telah menggunakan kekayaannya yang besar untuk mengumpul beberapa benda paling mahal yang boleh dibeli dengan wang selain  membeli firma pembinaan kapal layar mewah dari Belanda iaitu Royal Van Lent dan pembuat kapal layar British Princess Yachts International pada 2008.

Beliau juga memiliki superyacht Symphony dan Amadeus yang asalnya dibina pada tahun 1969.

Bukan itu sahaja, Arnault kemudian dilaporkan turut memiliki jet peribadi Dassault Falcon 7X yang dilaporkan menelan belanja sebanyak AS$40 juta (RM175 juta).

Selain itu, dia juga memiliki pesawat jenis Bombardier Global 7500 untuk penerbangan jarak jauh.

Arnault turut memiliki pulau persendirian seluas 55 hektar di Bahamas dan beliau juga dilaporkan telah membelanjakan kira-kira AS$96 juta (RM420 juta) untuk memiliki hartanah kediaman di

beberapa tempat di Los Angeles dan kawasan kejiranan mewah di Beverly Hills, Trousdale Estates dan Hollywood Hills.

Namun, rumah agam di tepi pantai di Saint-Tropez, Perancis benar-benar melambangkan kedudukannya sebagai lelaki terkaya di dunia.

Arnault juga terkenal sebagai pengumpul koleksi seni dan beliau mempunyai karya agung daripada Andy Warhol, Jean-Michel Basquiat, Damien Hirst, Pablo Picasso dan lain-lain di rumahnya di Paris. Koleksi seni itu juga bernilai jutaan dolar.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kak-Rohana 13-1-2023 02:02 PM
Edited by Kak-Rohana at 13-1-2023 04:06 PM

Theyols ni kaya bukan sbb ada cash in hand dek. Value stok company..& based on investors labur duit dlm kompani dek.
Quote matchstick 13-1-2023 02:07 PM
'kejatuhan' tu bukan ertinya jatuh miskin mcm kita rakyat marhaen ni
Quote Artemesiaa 13-1-2023 02:09 PM
Jatuh bukan jatuh terduduk masih ada peluang untuk naik semula
Quote ibu_haritz 13-1-2023 02:15 PM
Banyaknye aset..
aku ni tak jadik kaya atau terkaya pun xpe, asalkan aku bebas hutang..
Ni nk bagi clear hutang umah pun semput..
Quote shernazz 13-1-2023 03:16 PM
Arnault tak boleh lawan megah holdings..
Ada 250,000 pekerja tau...
Iols syak forbes sembunyi maklumat ni..datuk megah holdings kaya raya tauuu


Elon musk kat atas tu mcm muka amber heard plak
Quote CikYaYaYa 13-1-2023 04:43 PM
jatuhh diaa bukan macam jatuhh orang marhain.
Quote mehmet 13-1-2023 04:57 PM
Laki si Salma Hayek.
Quote mamajawie 13-1-2023 05:17 PM

bukan la laki salma tu François-Henri Pinault

Quote antikorok 13-1-2023 05:36 PM
Cashh sebab pecat hampir separoh employee Twitterjaya?
Kereta Tesla tu pun banyak kes tetiba crash meletop terbakor sana sini
Quote Thunderclouds 13-1-2023 06:46 PM

Ini Arnault,tokey LV
Pinault lakinya si salma hayek tokey gucci
Quote dani-rox 13-1-2023 07:11 PM
Founder2 produk timbang kilo lg kaya, beli lambo mcm beli henpon jah, tu pon utk simpan duit cash juta2
Quote mizzmimi 13-1-2023 08:24 PM
mehmet replied at 13-1-2023 04:57 PM
Laki si Salma Hayek.

Tu Kering Group pon kaya raya gak tu
Quote Nham22 13-1-2023 08:54 PM
Betol la formula depa amik BTS jd duta... Time covid boleh buat profit.. Hebatt BTS
Quote nw111 13-1-2023 09:05 PM
mehmet replied at 13-1-2023 04:57 PM
Laki si Salma Hayek.

Bukan la...laki salma yg own gucci, belenciaga tu... billionaire jugak..tapi x sekaya pak cik ni... frenchman jgk
Quote green~tea 13-1-2023 09:07 PM
Yeah women rawkssss
Quote botol_tritan 13-1-2023 11:34 PM
Edited by botol_tritan at 13-1-2023 11:39 PM

Memangla boleh kaya, lv keje naik harga je (brand lain pun naik harga, tapi i cakap lv sbb owner dia richest man in world). Neverful PM dari 4k++ je tahun 2017/2018, sekarang dah almost 9k. Mana x kaya owner. Tu baru among the cheapest handbag tu. Kalau handbag jenis2 acik forum guna, lagi mahal harga.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.036492 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top