CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Tahan Lelaki Raba Payu Dara Budak Balik Sekolah

13-1-2023 01:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 801| Komen: 3

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang gadis bawah umur di Jalan Tengku Bendahara, di sini pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Assisten Komisioner Bahrin Mohd Nor, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 1.10 tengah hari ketika gadis berkenaan berjalan menuju ke kereta ibunya setelah pulang dari sekolah.


"Lelaki terbabit secara tiba-tiba memberhentikan motosikal dan bertanyakan sesuatu yang tidak difahami gadis berkenaan.


Gambar hiasan

"Suspek kemudiannya memegang payu dara gadis berkenaan sebelum cuba melarikan diri dari lokasi kejadian.

"Gadis berkenaan yang terkejut dengan tindakan suspek melarikan diri ke arah kereta ibunya sebelum membuat laporan polis," katanya pada Jumaat.

Tambah Bahrin, suspek kemudiannya berjaya ditangkap di Jalan Yap Tau Sah dengan bantuan orang awam.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.


Siasatan awal mendapati suspek berusia 19 tahun dan beralamat di Kluang itu bekerja sebagai jurukimpal turut memiliki empat rekod jenayah lampau melibatkan Seksyen 448 Kanun Keseksaan, selain pernah ditangkap di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ujian air kencing yang dilakukan terhadap suspek didapati negatif.

Mahkamah Majistret Kluang membenarkan permohonan reman terhadap suspek mulai hari ini (Jumaat). 


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mooverine 13-1-2023 02:09 PM
Huh.. taik dadah. Otak sot sudah la ni banyak makan dadah.
Quote epullipan 13-1-2023 02:19 PM
sangap le tu..kasi sunat buang trus agi anjing makan
Quote Artemesiaa 13-1-2023 02:22 PM
Species mental je suka buat perangai macam tu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.072579 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top