CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Taliban Pamer 'Supercar' Pertama Buatan Afghanistan, Mada 9

13-1-2023 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1072| Komen: 1

Pemerintah Taliban melancarkan 'supercar' pertama hasil rekaan dan buatan Afghanistan.

Prototaip kereta sport, Mada 9 itu adalah projek yang dijalankan selama lima tahun oleh 30 jurutera di pengeluar ENTOP dan Institut Vokasional Teknikal Afghanistan (ATVI).



Times 9

Keupayaannya untuk beraksi di jalan raya masih tidak dapat dipastikan berikutan ENTOP tidak mengeluarkan sebarang data tentang prestasinya.

Ia berkemungkinan belum mampu bersaing dengan Bugatti dan McLaren memandangkan enjin yang digunakan pada Mada 9 sama seperti Toyota Corolla, namun ia telah diubah suai bagi meningkatkan kelajuannya.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid turut berkongsi imej supercar itu di media sosial dan menyifatkan rekaannya sebagai satu kebanggaan kepada seluruh negara.



"Saya mahu ucapkan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Vokasional atas pencapaian berharga mereka," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ENTOP, Mohammad Riza Ahmadi berkata, beliau berharap supecar itu dapat menyampaikan ilmu kepada orang ramai dan dapat membantu melonjakkan imej Afghanistan ke persada antarabangsa.

"Ia akan memulakan perjalanan di Kabul dan mungkin ke peringkat dunia satu hari nanti," katanya. 


Sumber: Sinar Harian/Agensi


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 13-1-2023 01:34 PM
Waww tahniah pasni da tak berperang la ye sibuk buat kete pulak

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.077890 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top