CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Belum Pun Subuh, Pengkhianatan Sudah Dibuat' - Zahid

13-1-2023 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2141| Komen: 21

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini menceritakan bagaimana parti itu didakwanya cuba dikhianati orangnya sendiri ketika kerajaan cuba dibentuk melalui nasihat Yang di-Pertuan Agong.

Kata Ahmad Zahid sebelum itu, Umno berunding secara berasingan dengan dua gabungan lain iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) dengan meletakkan beberapa syarat.


FB Zahid

PH, katanya, memberikan jawapan bertulis bagi menyatakan persetujuan kepada syarat Umno, manakala PN hanya memberitahu mereka sedia memberi pertimbangan.

Pada masa sama kata ahli parlimen Bagan Datuk tersebut PN membuat ketetapan menolak cadangan Agong agar kerajaan perpaduan ditubuhkan selepas mereka mendakwa memiliki sokongan majoriti daripada ahli parlimen.

Sepuluh daripada akuan berkanun (SD) tersebut, menurut Ahmad Zahid, datangnya daripada ahli parlimen Umno sendiri dan ia diberikan tanpa merujuk kepada parti.


"Belum pun subuh, pengkhianatan sudah dibuat terhadap parti kita. Lebih menyedihkan ia diatur oleh orang kita sendiri," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar presiden di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun dia tidak menyatakan secara jelas siapakah pihak yang dimaksudkannya menjadi dalang kepada gerakan memberi sokongan kepada PN berkenaan.

Dalam ucapan sama Ahmad Zahid turut memberi bayangan bahawa Umno akan mengambil tindakan ke atas pihak yang terbabit.

Ia adalah selaras dengan gesaan pewakilan sayap parti itu dalam persidangan mereka semalam.


Sumber: MalaysiaKini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epullipan 13-1-2023 02:17 PM
kalau kasi khianat kat si jahit ni setuju sangat
Quote epal_putih 13-1-2023 02:22 PM
Amboi ponorogo...
Quote Firenzza 13-1-2023 02:39 PM
X abis2 wak guna nama agung, wal hal agung dh offer kt PN tp wak yidin plk sombong, mp umngok lain xde hal dgn PN  cuma wak sorang jer x berkenan lalu comolot dgn PH, ujong2 mp umngok dituduhnya pengkianat
Quote Kak-Rohana 13-1-2023 02:40 PM
Sudah2 la bercakap pasal parti. Kerja la wey! Jaga rakyat ke jaga kuasa ni dek?
Quote jalfa 13-1-2023 02:49 PM
Tak nyempat kan.dasar geng tebuk atap jenis suka main belakang
Quote ally9970 13-1-2023 02:54 PM
sapa yg khianat sapa? Bukan ke sebelumnya kata No anwar No dap, pastu gi cemolot, so sape yg khianat?
Quote tripleid 13-1-2023 04:13 PM
Kito dah cukop jumlohhh...

-Hadi Bawang,
20 Nov 2022
Quote zidane_ziege 13-1-2023 06:32 PM
Pecat ajelah wak..bising2 buat apa
Quote sharlenetexas 13-1-2023 06:35 PM
Siapa yg khianat? Wakjait mengata diri sendiri ke?

Quote nolya 13-1-2023 06:46 PM
Kak-Rohana replied at 13-1-2023 02:40 PM
Sudah2 la bercakap pasal parti. Kerja la wey! Jaga rakyat ke jaga kuasa ni dek?

Setuju.  Sudah2lah wak jahit ulang2 cite.  Semua orang pun tau dah. Tak payah lagi nak goreng isu sedangkan wak hanya nak cari sokongan agar  kembali jadi presiden. Bagus bila wak akur jaw Presiden dipertandingkan.  Kenapa takut....... takut kalah ke?  Getleman laa.  Bukankah keyakinan utuk menang tu tinggi, so takkan cuak nak masuk gelanggang. Kalah menang itu adatlah orang bertarung kan?
Quote axl_bach 13-1-2023 08:13 PM
Firenzza replied at 13-1-2023 02:39 PM
X abis2 wak guna nama agung, wal hal agung dh offer kt PN tp wak yidin plk sombong, mp umngok lain x ...

Lah,  yg tolak Zahid ni kan PN,  bukan the other way around...
Quote Firenzza 14-1-2023 09:51 AM
axl_bach replied at 13-1-2023 08:13 PM
Lah,  yg tolak Zahid ni kan PN,  bukan the other way around...

X silap 1st round tu agung offer PN + PH tp wak yidin sombong x mau. Then cadang PN + BN + GRS tp wak jahit plk reject sbb x nk jilat ludah balik ckp nk menten jd bloc pembangkang....then baru terpikir jd pembangang xde kuasa....tu yg mengendeng bawak semail, pak mat + wak maslan dgn muka x malu jumpa nuart ajak kawen mutaah, nuart plk umpama org ngantuk sorong bantal apa mau tggu lg
Quote renko 14-1-2023 10:44 AM
semua tak guna
hahaha
Quote pocongkiutss 14-1-2023 10:45 AM
Firenzza replied at 14-1-2023 09:51 AM
X silap 1st round tu agung offer PN + PH tp wak yidin sombong x mau. Then cadang PN + BN + GRS tp  ...

Dia memang dari awal lagi dh pakat ngan bangnon kan
Quote apalancut 14-1-2023 10:52 AM
wak lambat pecat KJ. kan dah jadi pesaing. dulu pecat nuar muso tak masukkan skali 10 pengkhianat yang wak mention. kalau nuar muso ada.. mesti dia pon nak calon diri dia jadi presiden. sbb dia pon warlord. kalau wak dah pecat semua pesaing wak.. wak boleh tenang kat singgahsana.... hakikatnya wak sebenarnya bacul
Quote Firenzza 14-1-2023 01:44 PM
pocongkiutss replied at 14-1-2023 10:45 AM
Dia memang dari awal lagi dh pakat ngan bangnon kan

Betul tu.....sblm pru lg ada rakaman suara wak call nuart lps PAU klau x silap tp wak nafikan ckp suma pitenah  siap ugut nk saman tp habuk pun tarak
Quote kelana36 14-1-2023 09:33 PM
ingat tadi Subuh Baru Cabut...  

yang aku ingat, BN sebelum PRU dah buat ketetapan, No Anwar, No Dap dan kemudiannya No Bersatu. Mereka nak bergerak solo...

so sekarang ni semua MP Bn tu bersalah...  sebab ada yang pilih PH dan ada yang pilih Bersatu..

Wak yiddin guna tactic yang sama sampai dia dapat jadi PM dulu..  of course la raja raja melayu tak setuju guna cara SD tu, tak stabil jadinya...
Quote belilies 14-1-2023 09:37 PM
Zahid bangsat acah acah teraniaya
Quote eizarz 15-1-2023 07:03 AM
gesaan perwakilan sayap?????…kahkah…wak porno kaki pusing,time ni pulak kau tunduk pada gesaan sayap2 bodo…

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.086267 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top