CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jumpa Mayat Reput Berkain Sarung Tanpa Baju Dalam Guni Tepi Jalan

13-1-2023 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1653| Komen: 4

Satu mayat dalam guni ditemui di tepi Jalan Persiaran Aman Perdana 1, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, penemuan itu dimaklumkan orang awam kepada polis pada jam 6.10 petang.



Satu mayat ditemui dalam guni di tepi Jalan Persiaran Aman Perdana 1, Klang pada Khamis. (Gambar kecil: Vijaya Rao)

"Mayat yang mulai reput itu ditemui dalam keadaan berbungkus di dalam guni putih.

"Keadaan mayat hanya memakai kain sarung warna biru tanpa baju. Identitinya juga masih belum dapat dipastikan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, mayat dipercayai mangsa bunuh itu telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambah beliau, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini untuk menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan You Swee Leong di talian 012-4071452.


"Orang ramai juga boleh hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-32912222 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya. 


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DARSITA 13-1-2023 10:34 AM

Bangla kot?
Quote babelina 13-1-2023 12:42 PM
area nie byk kilang2..
Quote ainashiqa 13-1-2023 04:10 PM
makin banyak da kes bunuh,campak merata. malaysia da makin parah.
Quote ciksom 13-1-2023 10:22 PM
dah macam luar negara. dulu tengok dalam filem je.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.104281 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top