CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Digesa Buru Lelaki Sumbat Segulung Ganja Dalam Mulut Bayi

13-1-2023 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 547| Komen: 0

Netizen Nigeria menggesa polis memburu dan menangkap seorang lelaki selepas tular satu rakaman video memaparkan dia memberikan narkotik dipercayai ganja kepada seorang bayi, lapor portal berita Wion News.


Dalam klip video terbabit, lelaki tersebut dilihat menghisap gulungan ganja dan kemudian memasukkanya ke dalam mulut seorang anak kecil sedang menangis.


Rakaman video menunjukkan seorang lelaki memberikan segulung ganja kepada bayi di Nigeria baru-baru ini. - PUNCH

Netizen Nigeria yang marah dengan perbuatan itu kemudian membuat permintaan menerusi laman Twitter supaya pihak berkuasa memberkasnya.

Seperti laporan portal berita Vanguard, polis di seluruh Nigeria telah diarahkan untuk menggunakan teknologi terkini bagi mengesan lelaki itu dan mendakwanya. 

Ketika dihubungi, Pegawai Perhubungan Awam Polis Nigeria, Ketua Supritendan Muyiwa Adejobi berkata, pasukannya akan mengesan dan menangkap lelaki tersebut.


Beliau juga menggesa warga Nigeria yang mempunyai maklumat mengenai video tersebut supaya tampil memberikan maklumat supaya tindakan lebih pantas boleh dilakukan. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.105469 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top