CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Keluarga Kaya Raya Tubuh Pejabat Di Singapura Untuk Urus Harta Kekayaan

12-1-2023 09:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 994| Komen: 1

Lebih ramai keluarga yang kaya raya atau super-rich menubuhkan pejabat di republik ini untuk menguruskan harta kekayaaan mereka.

Bilangan penubuhan pejabat sedemikian meningkat hampir dua kali ganda berbanding jumlah dilaporkan dua tahun lalu.


Berdasarkan anggaran kerajaan, Singapura kini mempunyai kira-kira 700 buah pejabat keluarga, bertambah daripada 400 dicatatkan pada akhir 2020 serta meningkat tujuh kali ganda berbanding 2017.



Keluarga berkenaan bukan sahaja berasal dari Asia malah dari Eropah dan Amerika.

Menurut beberapa pemerhati industri, permintaan dari Asia adalah amat ketara memandangkan kekayaan persendirian di rantau itu berkembang lebih cepat berbanding negara lain di dunia.

“Pandemik mendorong ramai keluarga kaya menimbang semula pengurusan kekayaan mereka dan pelan penggantian untuk lebih bersedia menghadapi ketidaktentuan pada masa hadapan.


“Selain pejabat keluarga Asia, semakin ramai keluarga bukan Asia datang ke Singapura sama ada untuk menubuhkan pejabat keluarga atau pejabat satelit bagi menyokong pelaburan mereka di rantau ini,” kata ketua penasihat pejabat keluarga Bank Singapura, Carrie Ng.

Ketua persendirian Deloitte Asia Tenggara, Richard Loi menyifatkan peningkatan penubuhan pejabat keluarga itu didorong oleh pandemik Covid-19.

Katanya, pandemik itu memaksa individu dan keluarga yang memiliki kekayaan melimpah-ruah memikirkan semula cara untuk menjaga dan meningkatkan kekayaan mereka untuk generasi akan datang.          

Sementara itu, beberapa pakar lain berpandangan golongan itu turut tertarik untuk menubuhkan pejabat keluarga di Singapura kerana rekod prestasi negara yang kukuh sebagai hab kewangan dan pengurusan kekayaan.

Pemerhati turut mengemukakan beberapa faktor yang memberi kelebihan kepada Singapura berbanding hab kewangan lain seperti Hong Kong, Switzerland dan United Kingdom (UK).

“Ia antara lain mempunyai persekitaran politik dan kawal selia yang stabil, sektor perkhidmatan kewangan maju, tenaga kerja terlatih serta taraf hidup baik dengan kemudahan penjagaan kesihatan dan pendidikan yang mantap,” katanya. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote takkizawa 13-1-2023 08:52 AM
Manakala kawan2 iolsss ramai yang melawat pejabat AKPK. Huhuhu.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.306855 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top