CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Lori Paling Tua Di Britain Nak Kerja Setahun Lagi

12-1-2023 09:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1310| Komen: 8

Seorang lelaki digelar pemandu lori paling tua di Britain mendedahkan akan meneruskan pekerjaannya untuk setahun lagi selepas lulus pemeriksaan kesihatan tahunan Pengukuran, Pemerhatian dan Ujian (MOT), lapor akhbar The Sun semalam.


Brian Wilson masih mampu bekerja mengikut jadual penuh dan bangun seawal pukul 4 pagi untuk memulakan tugasnya meskipun telah berusia 90 tahun.


Wilson, kiri (gambar bawah)

Bapa kepada empat anak itu melakukan syif 12 jam, selama 70 tahun selepas dia memulakan karier tersebut iaitu memandu treler minyak petrol untuk syarikat Esso sejak 1953.

Wilson yang berasal dari Yorkshire, England, perlu menjalani pemeriksaan kesihatan penuh setiap tahun bagi mengekalkan lesen memandunya.

Dia juga telah memandu berjuta-juta kilometer sepanjang kariernya selama tujuh dekad itu.

Meskipun begitu, Wilson tidak pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan hanya bercuti 50 tahun lalu ketika kakinya patah. Ia membuatkan dia tidak dapat memandu selama tujuh minggu.


“Saya bekerja setiap hari dan pada minggu ini, mungkin saya telah bekerja melebihi 40 jam.

“Saya bekerja untuk diri sendiri dan tidak akan melakukan begini jika bekerja untuk orang lain. Saya sudah terbiasa melakukan kerja ini dan tetap meneruskannya,” katanya.

Wilson bagaimanapun mengakui dia sedang mempertimbangkan rancangan untuk bersara pada tahun depan.

Dia berhasrat untuk berpindah ke Thailand bersama isterinya, Mavis, 89, untuk menetap bersama salah seorang anaknya yang menjalankan perniagaan di negara itu.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 13-1-2023 05:00 AM
Ini mesti keje sebab boring, dah biasa bekerja…

Quote sukacactus 13-1-2023 05:08 AM
Masa baca tajuk thread, aku agak umur dia dlm 70, rupanya dah 90!
Dia xnak tinggalkan rutin la tu yg payah sgt nak retire
Quote wikedsaikel 13-1-2023 05:26 AM
Aku percaya yang nanti bila dia berhenti je tak lama kemudian dia tutup mata. Sebab rutin tu la yang bagi semangat kat dia.
Quote sangbara2020 13-1-2023 07:40 AM
xbest ke duk rumah ulit bini?
Quote plywood 13-1-2023 08:19 AM
wikedsaikel replied at 13-1-2023 05:26 AM
Aku percaya yang nanti bila dia berhenti je tak lama kemudian dia tutup mata. Sebab rutin tu la yang ...

ya... kemungkinan besar

Quote gideoncross 13-1-2023 10:31 AM
Smangat kuat.
Quote antikorok 13-1-2023 10:32 PM
Woww! Dah umor 90 tahun pun masih kuat lagi atok
Quote becir 13-1-2023 11:36 PM
wikedsaikel replied at 13-1-2023 05:26 AM
Aku percaya yang nanti bila dia berhenti je tak lama kemudian dia tutup mata. Sebab rutin tu la yang ...

Kan u..selalu orang rajin keje gitula..once retired cepat je jalan

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.029991 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top