CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gerhana Matahari Hibrid Pertama Di Indonesia April Ini

12-1-2023 09:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 646| Komen: 2

Pertubuhan Penyelidikan Penerbangan dan Angkasa Lepas (ORPA) serta Badan Penyelidikan dan Inovasi Nasional (BRIN) sedang mengira detik gerhana matahari hibrid pertama yang boleh dilihat di Indonesia.


Gerhana matahari hibrid ialah gerhana matahari yang mempunyai dua jenis gerhana yang berbeza, yang berlaku secara berturut-turut dalam fenomena yang sama.

“Fenomena bermula dengan gerhana matahari cincin berubah menjadi gerhana matahari penuh, kemudian kembali ke gerhana matahari cincin dalam waktu singkat,” kata ORPA dalam satu kenyataan.


ILUSTRASI gerhana matahari hibrid yang dijangka berlaku di Indonesia April ini.-AGENSI

ORPA berkata, gerhana matahari hibrid itu dijangka berlaku pada 20 April ini atau sekitar bulan Ramadan.

Tidak semua kawasan di Indonesia boleh menyaksikan gerhana matahari unik itu kerana lokasi terbaik untuk mencerapnya adalah di timur Indonesia khususnya di Papua.


ORPA menjelaskan, gerhana yang jarang berlaku itu akan bermula di Pulau Kisar pada pukul 11.47 pagi waktu tempatan dalam keadaan separa dan memuncak pada kira-kira pukul 1.32 tengah hari sebelum mencapai fasa akhir tiga jam kemudian.

Kawasan lain yang turut mendapat peluang keemasan untuk melihat gerhana matahari hibrid ini secara berurutan termasuk Pulau Maopora, Pulau Damar, Pulau Watubela, Kepulauan Antalisa, Randepandai, Roswar, Pulau Num, Wooi di Serui, dan berakhir di Bandar Biak.

Orang ramai yang ingin melihat fenomena dinasihatkan supaya tidak melihat gerhana matahari hibrid dengan mata kasar sebaliknya disaran menggunakan bantuan seperti cermin mata gerhana atau teropong.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gideoncross 12-1-2023 09:56 PM
Sat lgi dorg claim itu ini haha.
Quote zarulnazmi 13-1-2023 12:26 PM
gideoncross: Sat lgi dorg claim itu ini haha.


jenis gerhana pun nak claim berasal dari negara mereka?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.033000 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top