CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Muflis Pun Kena Denda, Sebab Itu Ramai Berani Nikah Di Siam

12-1-2023 09:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 937| Komen: 3

Denda yang rendah dan tidak langsung membebankan menyebabkan setiap pasangan yang ingin berumah tangga termasuk menambah isteri berani mengambil keputusan untuk berkahwin di Thailand.

Rata-rata mereka mengatakan denda berkenaan tidak menjadikan mereka muflis asalkan keinginan untuk berkahwin termasuk berpoligami tercapai.


Berdasarkan undang-undang di kebanyakan negeri, kesalahan tersebut hanya dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

PROSEDUR poligami yang rumit menyebabkan lebih ramai pasangan memilih bernikah di Siam.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata, jumlah denda itu tidak memberikan pengajaran kepada pelakunya dan sudah tiba masanya undang-undang berkaitan digubal dengan mengenakan denda yang tinggi sehingga RM5,000.

Katanya, dianggarkan telah 10 tahun tiada semakan denda atas kesalahan berkenaan.


“Memang jumlah itu amat sedikit dan saya berpanda­ngan perlu ditingkatkan kepada RM3,000 hingga RM5,000. Ini bagi menyedarkan mereka mengenai kepentingan bernikah dan mendaftarkan perkahwinan di negara ini,” katanya.

Jelasnya, semakan itu juga bagi melindungi para isteri terhadap tindakan berpoligami tanpa kebenaran mereka oleh ­pasangan.

Kata Musa, antara faktor lain menyebabkan ramai memilih bernikah di luar negara terutama Thailand disebabkan prosedur tertentu yang perlu dipatuhi si suami di negara ini.

“Kalau mohon (poligami), mahkamah akan panggil isteri pertama dan mengetahui tanggungjawab serta komitmen.

“Ramai mengelak dan atas sebab itulah mereka mengambil tindakan kahwin di luar selain mengelak isteri pertama memohon cerai atau melakukan protes,” ujarnya.


MAHKAMAH akan memastikan mereka yang mahu berpoligami berkemampuan untuk menanggung keluarga.

Dalam pada itu, Peguam syarie, Suriati Ab. Ghani memberi­tahu, kebenaran daripada isteri bukan jaminan poligami dibenarkan sebaliknya mahkamah akan melihat pelbagai aspek termasuk kemampuan si lelaki dan adakah perkahwinan itu memudaratkan isteri pertama.

“Kalau mampu, mahkamah akan menetapkan terus nafkah isteri dan anak sedia ada serta isteri baharu. Kalau tidak mampu akan ‘reject’. Semua ini akan diperintahkan terus. Perkara ini bagi melindungi semua pihak yang terlibat,” tegasnya.

Suriati menjelaskan, kira-kira lima kes permohonan poligami dikendalikan beliau setiap bulan dan menyifatkan suami yang memohon kebenaran sebagai lelaki budiman dan dihormati.

“Justeru, suami yang bersifat sebaliknya adalah pengecut kerana melakukan secara sorok. Mereka ini pendek akal kerana apabila pulang ke Malaysia, juga perlu melakukan prosedur permohonan semula.

“Jadi, perkara ini akan menjadi re­nyah dan harus bersedia untuk dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan mengamalkan ­poligami tanpa kebenaran,” ujar­nya.

Tegas Suriati, bukan ­poligami yang bermasalah tetapi orang yang berpoligami itu iaitu suami dan bakal isteri yang bermasalah kerana kahwin di luar negara tanpa ikut saluran undang-undang.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 12-1-2023 09:25 PM
Naikkan je.. nak2 yg miskin tp gatal nak poligami..
Quote CiliPadiSedap 13-1-2023 01:17 AM
Friska nikah siam ke? Atau nikah atas sampan sungai golok ?

Sebab kalau isteri pertama tahu biasanya akan minta cerai lepas cara baik. Ni siap baku hentam burukkan isteri pertama dalam forum.

Dasar betina penyondol  pelakor keropok lekor
Quote pinkpunk 13-1-2023 09:37 AM
naik jelah puluh ribu denda.. baru dorg tau langit tu rendah ke tinggi..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.031155 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top