CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bengang Dengan Pekerja, Lelaki Pandu Kereta Rempuh Hotel

12-1-2023 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 560| Komen: 2

Shanghai: Lelaki membuat onar apabila merempuh lobi hotel di Lujiazui, di sini, dengan kenderaan dipandunya, baru-baru ini.

Portal NextShark melaporkan, lelaki berusia 28 tahun itu dikenali sebagai Chen itu bertindak sedemikian selepas bertengkar dengan kakitangan hotel berhubung komputer ribanya yang hilang.


Dia kemudian memandu secara melulu di sekitar lobi, pada pagi Selasa.

Kejadian itu sempat dirakam dengan beberapa video dimuat naik di media sosial.


Foto: Agensi

Dalam rakaman itu, pemandu terbabit yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dilihat merempuh pintu masuk hotel, sebelum memasuki lobi.

Lelaki itu kemudiannya cuba untuk memandu keluar menerusi pintu masuk tetapi gagal berbuat demikian.

Kakitangan hotel dan saksi kejadian kemudian dilihat memukul kenderaan dan menjerit ke arah Chen dan mengarahkannya supaya keluar dari kereta.


"Adakah kamu tahu apa yang kamu lakukan?

"Adakah awak gila?," jerit kakitangan menerusi rakaman video.

Menurut polis tempatan, Chen sebelum itu bertengkar dengan kakitangan kerana komputer ribanya hilang semasa berada di hotel itu.

Kakitangan hotel berkata, komputer riba itu dicuri dan kemudian ditemukan di luar hotel.

Bagaimanapun, tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu.

Susulan kejadian, polis menahan Chen untuk siasatan lanjut. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote j3m4h 12-1-2023 06:17 PM
Kegila vavian ape kah yg di lakukan chen ni?
Quote rosedemon 13-1-2023 10:34 AM
cam bodo cam bodo cam bodo cam bodo

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.151392 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top