CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jurulatih Tampar Pemain Dibatalkan Lesen, Dah Tak Boleh Jadi Jurulatih Untuk Murid Sekolah

12-1-2023 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1903| Komen: 24

Jurulatih bola tampar terbabit insiden menampar dua pemain semasa Kejohanan Bola Tampar Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor sehingga tular di media sosial baru-baru ini, dibatalkan lesen jurulatihnya.


Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, keputusan tersebut dibuat Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) melalui Jawatankuasa Perundangan dan Disiplin persatuan berkenaan.



Menurutnya, sebagai langkah awal, jurulatih sukan tersebut yang juga merupakan seorang guru tidak lagi dibenarkan menjadi jurulatih sukan tersebut termasuk jurulatih untuk murid sekolah.

Kata Hannah, jurulatih itu yang juga merupakan seorang guru telah ditarik semula Sijil Kejurulatihan Bola Tampar Tahap 1 (Sukan Spesifik) oleh MAVA, malah belum pernah membuat permohonan lesen kejurulatihan Skim Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) sebagai pengiktirafan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK).


“Majlis Sukan Negara dan MAVA kedua-duanya telah memuktamadkan siasatan mereka yang mana secara sebulat suara memutuskan bahawa jurulatih itu sepatutnya hilang kelayakan daripada menjadi seorang jurulatih.

“Insiden itu telah membuka mata bahawa terdapat keperluan untuk mewajibkan semua jurulatih kepada murid sekolah menjadi sebahagian daripada SLKK dan SPKK,” katanya menerusi sidang akhbar bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Menara KBS hari ini.

Mengulas lanjut, Hannah berkata, KBS juga telah mengarahkan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) di bawah Institut Sukan Negara (ISN) untuk memastikan pelaksanaan peraturan yang mewajibkan setiap jurulatih memperbaharui lesen kejurulatihan diperoleh sebagai pengiktirafan SPKK setiap dua tahun.

Katanya, ia bertujuan memastikan jurulatih sukan di negara Malaysia sentiasa dipantau perkembangan serta keaktifan karier kejurulatihan mereka. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renee13 12-1-2023 05:54 PM
It's a fair and good decision..
Quote UMMI_MAI 12-1-2023 05:56 PM
yup...sangat setuju
Quote Orenn1 12-1-2023 06:12 PM
Yesss..thank u Hannah Yeoh. Klu nak harapkan exco mentaliti pprt apa nama ntah, murid n ibubapa terlibat telah memaafkan jurulatih dan tiada tindakan dikenakan.
Quote pooh~key 12-1-2023 06:21 PM
Kau kerja spank buntut akak jah la ya sis.
Quote amyza 12-1-2023 06:25 PM
Bagus lah jadi pengajaran utk jurulatih2 lain
Quote stingergrumpy 12-1-2023 06:27 PM
Bakal ada petition ni....to reinstate him back ....

But I am all for this firm action by pihsk kementerian...a deterrant measure...is needed
Quote tahanie 12-1-2023 07:57 PM
Alhamdulillah seperti apa yang aku harapkan.
Quote asamfish 12-1-2023 08:32 PM
Bagus!  Tindakan yang betul!
Quote Belibis 12-1-2023 08:34 PM
Alaaaa..kan boleh jer transfer ke sabah..pulis,cikgu ka biasa jer kena.
Quote mikasa 12-1-2023 09:58 PM
Salah tetap salah walaupun guna kekerasan paling lembut.
Quote gekkou 12-1-2023 10:12 PM
pelik mak pak yg sokong anak kena tampar
dek kerana 'jasa'
Quote she 12-1-2023 10:16 PM
Bagus lah

Macik tak gamak jual anak hanya kerana ‘jasa’
Quote faraway1 13-1-2023 02:16 AM
Padan muka, tampar Anak orang cam kami semua tepuk tangan gembira..
Quote stingergrumpy 13-1-2023 02:36 AM
faraway1 replied at 13-1-2023 02:16 AM
Padan muka, tampar Anak orang cam kami semua tepuk tangan gembira..

Jgn nak padan padan khen org....aku tampor ko kang....

Kahkahkahkahkah
Quote Dovahkiin 13-1-2023 05:44 AM
Insiden itu telah membuka mata bahawa terdapat keperluan untuk mewajibkan semua jurulatih kepada murid sekolah menjadi sebahagian daripada SLKK dan SPKK


Ada jurulatih yg mmg saje2 jadi jurulatih sbb dia cikgu sukan, xde siapa lg yg tau ajar sukan tertentu. Kalau wajibkan, mmg bnyk la sekolah takde jurulatih. Kena keluar duit upah jurulatih luar which sekolah2 kecik do not have that privilege.

Apa2 pun aku setuju, coaching kasar mcm tu mmg boleh buat down player. Melahar tu standard la.
Quote sangbara2020 13-1-2023 07:42 AM
ensem ke cikgunya sampai sanggup kena tampo
Quote redz85 13-1-2023 08:05 AM
lepas ni try sumo.. badan dah sesuai sangat
Quote shernazz 13-1-2023 08:08 AM
Bagus lah..
Mak ayah mana tak terluka bila anak kena lempang gitu...
Iols kalau laki iols marah anak pung iols terasa tauuu
Quote plywood 13-1-2023 08:11 AM
pooh~key replied at 12-1-2023 06:21 PM
Kau kerja spank buntut akak jah la ya sis.

haha.. luar kotak betul statement ni

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.044750 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top