CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Bukan Saya Halang Jual Arak, Tapi Ramai Tak Senang...' - Fawwaz

12-1-2023 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 867| Komen: 5

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mat Jan menafikan dakwaan kononnya beliau melarang penjualan arak di sebuah pusat beli-belah di Seberang Jaya seperti yang dilaporkan baru-baru ini.


Kata ahli Pas itu, beliau hanya memohon pengurusan pusat beli-belah tersebut supaya menjual di kawasan khas yang lebih tertutup berbanding dijual secara terbuka dan boleh dilihat semua pengunjung termasuk orang Islam.


Muhammad Fawwaz (dua dari kanan) mengadakan pertemuan dengan pengurusan sebuah pusat beli-belah bagi membincangkan isu penjualan arak secara terbuka pada Isnin lalu.

Menurutnya, beliau memahami budaya masyarakat majmuk yang diamalkan rakyat di negara ini, penjualan arak di situ adalah satu promosi yang diadakan sempena Tahun Baharu Cina.


"Saya menerima aduan orang awam yang tidak senang dengan penjualan arak secara terbuka di pusat beli-belah tersebut. Sebagai wakil rakyat yang diberi mandat dalam piihan raya lalu, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk melihat perkara diadukan itu.

"Bukannya saya atau pasukan pergi meninjau penjualan arak di situ. Saya hanya mengambil tanggungjawab tersebut untuk berbincang dengan pihak pengurusan pusat beli-belah agar penjualan arak itu dilakukan di kawasan khas (bahagian tidak halal) yang disediakan di premis berkenaan.

"Saya bukan halang penjualan (arak) kerana faham ia satu perniagaan dan khusus untuk orang bukan Islam yang akan merayakan Tahun Baharu Cina nanti. Bagaimanapun, walau pun ia bersifat sementara, ada pihak yang tidak senang apabila ia dijual secara terbuka di situ, itu sahaja," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Jelas beliau lagi, pertemuan yang dihadirinya pada 9 Januari lalu adalah di atas jemputan diterima daripada pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan.


Muhammad Fawwaz

"Apabila menerima aduan awam, saya pun hubungi pihak pengurusan pusat beli-belah tersebut untuk maklumkan aduan. Selepas itu, pihak pengurusan tersebut telah menjemput saya untuk berbincang, sebab itu saya pergi ke pusat beli-belah itu

"Apabila dah dijemput, saya hadir lah. Bukan saya pergi serbu," katanya.

Baru-baru ini, Muhammad Fawwaz berkunjung ke sebuah pusat beli-belah dan menyatakan bantahan terhadap penjualan arak secara terbuka di situ.

Tindakan pengurusan pusat beli-belah membenarkan promosi sedemikian disifatkannya sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

Difahamkan, promosi jualan minuman keras itu diadakan sempena perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Mengulas mengenai pertemuannya dengan pengurusan pusat beli-belah tersebut, Muhammad Fawwaz berkata, ia berjalan lancar, pihak pengurusan akur bahawa promosi tersebut harus dibuat dengan lebih tertutup.

"Kita bukan minta penjualan arak itu dihentikan pun, kita minta ia dijual di bahagian lebih tertutup. Kita faham penjualan arak untuk bukan Muslim, ada ruang yang disediakan (untuk penjualan), itu tiada masalah. Jika penjualan terbuka dibuat di tempat yang memang tiada orang Muslim, pun tiada masalah.

"Itu sahaja. Tiada masalah pun, cuma apabila tersalah lapor oleh beberapa media yang mengatakan saya menghalang penjualan arak, itu yang jadi keliru dalam kalangan rakyat. Kita pun faham sensitiviti isu ini, sebab itu kita hanya pergi berbincang sahaja (dengan pengurusan pusat beli-belah tersebut)," katanya.

Pada Rabu, Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau meminta isu promosi penjualan arak sempena perayaan Tahun Baharu Cina itu tidak terus dipolitikkan.

Katanya, Gerakan telah mendapat penjelasan yang disifatkan adil daripada Muhammad Fawwaz berhubung tindakannya membantah promosi tersebut.

Dominic berkata, sebagai wakil rakyat di kawasan yang majoritinya orang Melayu dan Islam, tindakan Muhammad Fawwaz adalah wajar.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 12-1-2023 04:34 PM
Baru thn 2023 orang Islam kat situ rasa tersinggung dgn penjualan terbuka ke?  
Quote pinggan 12-1-2023 04:36 PM
Fair enough.
Quote ashcroft86 12-1-2023 04:46 PM
Tak faham kenape nak rasa offended, or tak senang. Minum arak pon x, terlibat jual beli pon tak. Diorang nak raya je kot. Boleh tak klu kite ni xyah nak amik port bnde tak melibatkan kite pon. Ada ke melayu beli arak tempat terbuka cmtu klu nak beli pon? Pffft.
Quote jagung5 12-1-2023 10:45 PM
alaa yg konon report tu geng2 penyokong parti dia juga, dia ni ambik tindakan populariti, yg haritu kkm panggil mp ptg pauh ni pergi meeting ttg nak basmi aedes tak pergi wakil pun tak htr..
masa lepas menang tak buat kerja apa pun,lepas org komplen baru up satu dua gbr tu pun pergi majlis kenduri2, rasmi perlawanan tomoi, pergi melawat satu dua rumah org2 parti sendiri..bila kena kecam lagi barulah nmpk byk sikit buat kerja termasuk yg ni..
Quote bakingsoda 12-1-2023 10:56 PM
jagung5 replied at 12-1-2023 10:45 PM
alaa yg konon report tu geng2 penyokong parti dia juga, dia ni ambik tindakan populariti, yg haritu  ...

lobai mmg tara tu je lah kejenya, ziarah org mati pon masuk kad laporan MP lul. dah tu kena lebih ramai org bagan serai mati ke supaya ada peningkatan dlm kad laporan bulan januari?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.052220 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top