Di usia perkahwinan hampir mencecah 10 tahun, pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kelihatan sangat bahagia hingga ada menjadikan mereka sebagai relationship goal mereka.
Wawa bagaimanapun mendedahkan sebenarnya ramai wanita cuba untuk mengganggu rumah tangganya. Ceritanya, mereka yang dimaksudkan itu cuba mendekati suaminya menerusi akaun media sosial. Malah, Wawa mendedahkan bahawa Aeril pernah mendapat kiriman mesej di Instagram daripada seorang wanita yang menghantar gambar seksi. “Ada… mesti la ada (wanita menganggu rumah tangga), ada la yang DM dia. Ada perempuan hantar gambar seksi kepada Aeril tapi suami saya cepat-cepat padam,” dedah Wawa.
Aktor berusia 34 tahun itu bagaimanapun beranggapan bahawa wanita yang menghantar gambar berkenaan sengaja menggunakannya sebagai taktik untuk menipu. “Tapi saya rasa orang yang hantar macam itu adalah scammer. Mungkin bila hantar benda itu, kemudian dia nak kita bagi benda yang sama. “Lepas itu, dia viralkan gambar kita… dia nak scam la dengan minta duit kita. Kalau tak bagi, sebarkan benda itu… amat bahaya. “Saya rasa ramai orang yang leak video itu disebabkan scammer macam itu la,” ujarnya. Aeril berpendapat ini adalah taktik scammer bertujuan untuk memperoleh duit daripada artis atau mana-mana individu agar gambar lucah mereka tidak disebarkan. Sumber: BeautifulNara/Gempak
|
johnazizul replied at 12-1-2023 05:59 PM
Setakat suhairil bin sunari tu, perempuan normal tak hingin pun
johnazizul replied at 12-1-2023 05:59 PM
Setakat suhairil bin sunari tu, perempuan normal tak hingin pun
Sazreena replied at 12-1-2023 04:35 PM
Walaupun korang ni lately cringe tapi ampun la sket sbb korang naik bukan pakai duit mak pak pastu w ...
rosannazmia replied at 12-1-2023 10:55 PM
Dan dua2 herlokkks juga anak2 depa herlokkksss , boleh dimaafin
dudaberhias replied at 12-1-2023 10:26 PM
pun nak mencapub jugak... tapi iols yakin si wawa tak heran pun sebab yang nak tu pun semua pompuan2 ...
ADVERTISEMENT