CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Janda Kerja Imigresen Ugut Nak Tikam Mati Bekas Boyfriend Dengan Pedang Samurai, Bengang Sebab Hutang RM60 Ribu Tak Bayar-Bayar

12-1-2023 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4049| Komen: 50

MELAKA – Seorang wanita yang merupakan anggota Jabatan Imigresen (JIM) didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan mengugut untuk menikam sampai mati bekas kekasihnya dengan pedang samurai kerana hutang RM60,000, tahun lalu.


Tertuduh, Anis Anuar, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa dengan niat mendatangkan ketakutan kepada Mohamad Faizul Mohd. Fadli, 32, dengan kata-kata ‘kalau aku jumpa memang kena tikam sampai mampus, suruh bayar semua duit aku dulu kalau tak aku bunuh dia. Bagitahu Faizul p****** itu kalau dia berani datang cari aku nak balas dendam lepas pasni, aku standby dengan (pedang) samurai’.


Foto: Kosmo


Kesalahan itu dilakukannya kira-kira pukul 3 petang di pos pengawal Gate A, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dalam daerah Melaka Tengah pada 8 September 2022.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, tertuduh yang juga merupakan seorang ibu tunggal satu anak bertindak sedemikian selepas berang bekas kekasihnya itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berhutang dengannya kira-kira RM60,000.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri mencadangkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan syarat-syarat tambahan penjamin mestilah ahli keluarga terdekat tertuduh dan perlu melapor diri setiap bulan di balai polis berdekatan sehingga kes selesai serta tidak mendekati pengadu.

Peguam Umar Zulkarnain yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu agar jaminan tersebut dikurangkan dengan alasan anak guamnya hanya anggota berpangkat rendah di JIM dan sedang menjalani rawatan psikiatri.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dan bersetuju dengan kesemua syarat tambahan dikemukakan pihak pendakwaan.

Sharda kemudian menetapkan 21 Februari depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mukacantek 12-1-2023 03:30 PM
sepatutnya penghutang tu kena masuk kedalam sekali. duit org buat main2 xnak bayar. bukan sikitttt, 60ribu tuuuuu.
Quote manjalara_01 12-1-2023 03:34 PM
Silapnya sbb ex die level bf blum lg jd husband dah    relakan diri jadi mesin atm ????
Quote margo20 12-1-2023 03:34 PM
Org tu keje pakgad je pun cemana ler bole bg 60k
Quote ainashiqa 12-1-2023 03:35 PM
kalau aku kena pun boleh jadi gila. ni mesti kes nk kawin suruh pinjam duit. gomen kan senang buat loan.haha
Quote manjalara_01 12-1-2023 03:35 PM
margo20 replied at 12-1-2023 03:34 PM
Org tu keje pakgad je pun cemana ler bole bg 60k

Kena pukau kot guna ayat2 manis
Quote mejaputih 12-1-2023 03:40 PM
dia pesan kat siapa suh sampaikan pesanan suh lelaki tu byr?
kalau dia didapati bersalah, dia kena lucut jawatan ke ek? adusss....
Quote Thunderclouds 12-1-2023 03:49 PM
Len kali nk wat boipren/laki toksah main sauk je dekkk..etlis biar yg bjenis. Ko tuh penjawat awam. Jackpot taww..
Quote aina_shaira 12-1-2023 03:51 PM
@green~tea mesti suka thread gini
Quote prettyuglybabe 12-1-2023 04:09 PM
pengajaran la kak..
lepas ni cari laki berjenis..
and ajar diri jadi kedekut..
jangan bagi pinjam tak kira la siapa pun termasuk family sendiri..
Quote syamzana 12-1-2023 04:15 PM
byknye duit bagi pinjam gitu2 je kat bf rm60k.
kalau iols stakat bf, rm60 pun berkira-kira dan mmg takkan bag la
Quote afie_m 12-1-2023 04:26 PM
60k hang bagi pinjam, banyak kot.cinta punya pasal
Quote sukacactus 12-1-2023 04:35 PM
Cemana ko bleh caya pak guard tu mampu bayar blk 60k tu
Aku pun benci org berhutang xmo bayar ni tp ugut bunuh tu mmg menempah utk masuk dlm la
Quote Sazreena 12-1-2023 04:39 PM
Banyak gak duit ko kak melabur bebodoh kat bewak centu..
Quote green~tea 12-1-2023 05:00 PM
aina_shaira replied at 12-1-2023 03:51 PM
@green~tea mesti suka thread gini



Terbalik dengan kes i.. pemberi HUTANG plak kena ugut
Siap balaci2 bangsat join skali buli pemberi HUTANG

Lepas tu meroyan ugut pemberi HUTANG sbb tak kasi additional duit

Quote Suchi 12-1-2023 05:00 PM
Byk ye duit dia ada 60k utk diberi pinjam
Ade org utang iols rm60 pkp tahun 2020 tu sampai skrg tak bayo2 iols buat bodo je dia jela duk mesej tunggu i lestari la bagai padahal iols tak minta pun.
Quote kitaserupaaa 12-1-2023 05:09 PM
Takde ke undang2 yg melindungi pemberi hutang yg mungkin hadapi masalah tekanan perasaan sebab peminjam yg tak suka hati & senang hati tak nak bayar hutang?
Quote miznora 12-1-2023 05:14 PM
Suchi replied at 12-1-2023 05:00 PM
Byk ye duit dia ada 60k utk diberi pinjam
Ade org utang iols rm60 pkp tahun 2020 tu sampai skrg tak  ...

Banyaknya duit u kasi 60k
Meh nak pinjam jugak
Quote Suchi 12-1-2023 05:22 PM
miznora replied at 12-1-2023 05:14 PM
Banyaknya duit u kasi 60k
Meh nak pinjam jugak

Hello 60 hengget laaa hahhaaha
Mesti salah baca ni
Iols tak kasi org pinjam tp ni kira mcm beli brg tp tak abis bayar ada baki rm60.
Quote grouper 12-1-2023 05:24 PM
Mcm mana nak dpt balik utang antara individu ni selain mintak tolong ayahanda atau abg kwsn..klau sikit mungkin blh burn tapi klau dh beribu2 mcm ni mmg kena dptkan balik la..

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.201957 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top