Cubaan lelaki tempatan bekerja sebagai 'bouncer' kelab menghalang operasi Jabatan Imigresen Perak dalam Ops Gegar mengundang padah apabila ditahan dalam serbuan pusat hiburan di Jalan Canning Estate, Ipoh pada Rabu.
Pengarah Imigresen Negeri Perak, Hapdzan Husaini berkata, serbuan Ops Gegar pukul 1.25 pagi itu membawa kepada penahanan lelaki berusia 34 tahun berkenaan bersama 27 individu termasuk 22 wanita, dipercayai pelayan pelanggan warganegara asing. "Tangkapan itu melibatkan 10 wanita warganegara China, 11 wanita Vietnam dan seorang wanita Thailand selain lima lelaki Bangladesh.
"Ketika operasi berkenaan, mereka cuba bersembunyi di belakang pintu dan seorang lelaki warganegara Malaysia cuba menghalang pergerakan masuk pegawai dengan menahan pintu masuk dari sebelah dalam premis," "Walau bagaimanapun, pegawai operasi berjaya mengawal keadaan dengan menahan mereka daripada meloloskan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Hapdzan berkata, kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah. Sumber: Majoriti |
ADVERTISEMENT