CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli Perniagaan Buat Hantaran Singgung Najib, Rosmah Dilepas Tanpa Dibebaskan

12-1-2023 03:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 648| Komen: 0

Seorang ahli perniagaan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) berhubung kes mahkamah yang melibatkan dakwaan hantaran menyinggung di Facebook yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini memberikan keputusan DNAA kepada Syed Ahmad Saifullah Hashim berhubung tuduhan hantaran dalam talian yang dikatakan menyebut Najib dan Rosmah berada di dalam pesawat yang terhempas pada 2014.

Selepas prosiding hari ini, peguam Syed Ahmad Rajsurian Pillai mengesahkan keputusan itu.


The Star

“Kami telah membangkitkan bantahan awal terhadap pertuduhan itu (dirangka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998).


“Apabila mendengar hujahan, hakim (Nor Hasniah Ab Razak) memutuskan bahawa pertuduhan itu lemah (defective) dan diberikan DNAA,” kata peguam itu.

Di bawah undang-undang, DNAA bermakna orang yang dibebaskan masih boleh didakwa atas kesalahan sama pada masa hadapan jika pihak pendakwaan memilih untuk berbuat demikian, tidak seperti pembebasan penuh.

Syed Ahmad turut diwakili peguam Jacqueline Hannah Albert. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azwa.

Pada 21 Julai tahun lepas, ahli perniagaan itu dilaporkan tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan menggunakan perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar.

Lelaki berusia 34 tahun itu didakwa memuat naik catatan FB yang berbunyi: “Pesawat yang membawa isteri dan PM dalam perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas kat Lautan Sumatera Selatan. Al-Fatihah.”

Ini dilakukan tertuduh di bawah nama profil “Syed Saifullah”.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan niat menyinggung perasaan orang lain, antara 2 dan 4 April 2014.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun.


Sumber: MalaysiaKini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.649558 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top