CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru KAFA Disaman RM410,000 Oleh Murid Tahun 3

12-1-2023 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3360| Komen: 25


Guru kelas al-Quran dan fardu ain (KAFA) disaman murid Tahun 3 yang patah kaki kanan pada enam bulan lalu.

Kosmo! Online melaporkan, Muhammad Izz Anaqi Mohd Izwan, 10, dan ibunya, Nor Azlina Mohamad Yasin, 37, menuntut ganti rugi RM410,000 terhadap Ahmad Mursyidin Abdullah, 38, dan Yayasan Islam Terengganu sebagai majikan defendan pertama.



Nor Azlina (kanan) berbincang dengan peguamnya, Mohd. Hazwan (tengah) tentang writ saman sivil yang difailkan terhadap guru KAFA anaknya di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu hari ini.

Writ saman sivil berkenaan difailkan menerusi peguam, Mohd. Hazwan Hamidun dari Tetuan Rafaei & Co Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.


Berdasarkan penyataan tuntutan, defendan pertama didakwa menghempas mangsa ke atas kerusi pada pukul 3.30 petang, 6 Julai 2022 yang dipercayai berpunca akibat Ahmad Mursyidi tidak berpuas hati melihat kanak-kanak itu bermain di belakang bilik darjah dengan rakan-rakannya.

Kesan perbuatan defendan, mangsa tidak dapat berjalan pulang ke rumah selepas kelas dan dirujuk ke sebuah klinik swasta yang mengesahkan kaki kanannya patah berdasarkan imbasan x-Ray. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lolalala 12-1-2023 01:31 PM
Gilo apa sampai patah kaki anak orang ko buat
Quote mejaputih 12-1-2023 01:32 PM
Ni yg kes ari tu kan..menarik nk tahu keputusan hakim nnt
Quote saviour_09 12-1-2023 02:11 PM
susah nak dapat that figure tapi worth to try

good luck
Quote talapia 12-1-2023 02:39 PM
hempas anak orang atas kerusi??
Hempas tu camne sebenarnya dia buat? Angkat macam Undertaker angkat lawan masa wrestling then humban atas kerusi.. camtu ke?

or tolak?

Tapi kalau sampai patah kaki budak tu.. mmg kuatla kiranya.. lainla kalau budak tu terjatuh ke..  

Ni memang melepas baran je ni..
Quote syamzana 12-1-2023 02:44 PM
kata main2 dgn murid2 lain, dah nape bdk ni sorg je yg kene? ke bdk2 lain tu ok je, takde patah riuk?
baran sgguh ustaz pun, marah je tak blh ke?
Quote Suchi 12-1-2023 02:50 PM
Mesti ramai yg bekap ustaz ni sbb dia cikgu kafa
Quote jazaa100 12-1-2023 02:57 PM
Nasib baik tak rosak buahpinggang
Quote pasa 12-1-2023 02:59 PM
mcm byk duit je nak proceed saman sama bayar legal fees nak saman org.
Quote ainashiqa 12-1-2023 03:11 PM
Serious la ustaz tu hempas studennt dia.Klu betul dia buat memang patutla kena saman
Quote meya 12-1-2023 03:16 PM
Guru satu pekerjaan yang mulia tapi manusia yang jadi guru ni tak semua benar-benar jadi guru yang dihormati dan disegani.

Ingat dulu masa Darjah 3 Guru kelas saya masa tu seorang penagih dadah.  Masuk kelas dia tidur aje kerjanya.  Di lengan penuh bintat-bintat.  

Tak tahulah apa jadi dengan dia saya pun dah tak ingat namanya.
Quote Nnasda53 12-1-2023 03:24 PM
Bagus juga saman pengajaran buat guru2 lain menghukum jgn sampai mendatang mudarat.
Cuma amount yg di tuntut tu tak mungkin dapat.
Tapi tak salah mencuba.
Quote black_handbag 12-1-2023 03:40 PM
ada cctv ke? ganas cikgu2 zaman skrg ye. smackdown anak murid begitu je
Quote Decaffeinated 12-1-2023 04:00 PM
Tulang ni kalau tak kena gaya memang senang patah. Budak2 lari2 jatuh pun boleh patah. Nak selamat, libas bontot ja.
Quote mast3rshad0w 12-1-2023 04:04 PM
rmai betol cekgu2 yg stress yer...
tak patot buat kanak2 mcmtu
budak2 mmg nature dia xdenga cakap ...
Quote intan244 12-1-2023 04:14 PM
x kena tangkap ke buat anak org sampai patah kaki?
Quote hareeeesah 12-1-2023 04:52 PM
saviour_09: susah nak dapat that figure ta ...


ni pun mesti dah bincang dgn lawyer & doc’s -+ ubat checkups physio semua kan. Paling tak hakim akan bincang kurangkan but still ada la amount as pengajaran ke ustaz xmampu xdapat apo [em:7:]
Quote TomyamPuteh 12-1-2023 04:56 PM
Mesti budak tu jenis keramat hidup smpai kena hempas dgn Cikgu.
Quote acik79 13-1-2023 01:39 AM
Suchi replied at 12-1-2023 02:50 PM
Mesti ramai yg bekap ustaz ni sbb dia cikgu kafa

Salah tetap salah walau cikgu KAFA sekalipun…. Cikgu ni jangan nak guna agama pula nanti…
Quote sangbara2020 13-1-2023 07:38 AM
nape xsaman jota2 jek?..gila patah kaki tuuuu

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.252046 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top