CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sempat Dituduh, OKT Mati Lepas Muntah-muntah Dalam Lokap

12-1-2023 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 982| Komen: 6

Seorang lelaki tempatan yang mempunyai rekod orang dikehendaki polis (wanted) dilaporkan meninggal dunia semalam ketika sedang ditahan dalam lokap Balai Polis Larkin di sini.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, sebelum itu orang kena tahan (OKT) yang berusia 47 tahun itu mengadu sakit dan muntah-muntah pada jam 6.20 pagi.


Gambar hiasan

Katanya OKT kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Larkin untuk menerima rawatan pada jam 7.45 pagi.

"Pegawai perubatan yang memberi rawatan kemudian mengesahkan kematian OKT pada jam 8.30 pagi.

"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman akan menjalankan siasatan kes berkenaan.


"Bedah siasat dijadualkan hari ini di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, bagi mengetahui punca kematian dan tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Raub, OKT terbabit ditahan sementara di lokap berkenaan selepas ditahan pada kelmarin sebelum dijadualkan untuk dituduh di mahkamah, semalam.

"OKT terbabit ditahan kerana mempunyai rekod orang yang dikehendaki di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta mempunyai 12 rekod lampau berkaitan kes dadah," katanya.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 12-1-2023 02:59 PM
Klu kicap.....hbislah polis kena saman....
Quote pekanwoohoo 12-1-2023 03:08 PM
jazaa100 replied at 12-1-2023 02:59 PM
Klu kicap.....hbislah polis kena saman....

Ada duit ke nak saman polis? Kalau takde, duduk diam-diam je lah waris. Anggap saja takdir Tuhan...
Quote jiwasemangat 12-1-2023 03:39 PM
Kangg ada laa so call NGO yg datang bayar kann lawyer fees as long as can benefit their side
Quote TOPwind 12-1-2023 04:24 PM
jazaa100 replied at 12-1-2023 02:59 PM
Klu kicap.....hbislah polis kena saman....

baru nak tu;lis yg sama
Quote TOPwind 12-1-2023 04:25 PM
pekanwoohoo replied at 12-1-2023 03:08 PM
Ada duit ke nak saman polis? Kalau takde, duduk diam-diam je lah waris. Anggap saja takdir Tuhan.. ...

mereka ada loyer free

bila menang bahagi 50=50

tapi selalunya menang

sbb meraka pun bagi2 juga dgn hem hem
Quote jazaa100 12-1-2023 09:45 PM
TOPwind replied at 12-1-2023 04:25 PM
mereka ada loyer free

bila menang bahagi 50=50

Dorang akn buat kecoh kat socmed kannn.....

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.034734 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top