CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Memoir Putera Harry Laku Keras, 1.4 Juta Terjual Hari Pertama Di Pasaran

12-1-2023 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 581| Komen: 2

Edisi bahasa Inggeris memoir Putera Harry yang telah mencetuskan kontroversi, terjual lebih 1.4 juta pada hari pertama berada di pasaran, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Pada Selasa, Penguin Random House yang menerbitkan autobiografi bertajuk "Spare" itu telah melaporkan jumlah jualan paling banyak pada hari pertama berbanding mana-mana buku bukan fiksyen pernah diterbitkan syarikat itu.


The New York Times

Menurut penerbit itu, Spare edisi bahasa Inggeris terjual lebih 1,430,000 unit dalam semua format dan edisi di Amerika Syarikat, Kanada dan Britain pada 10 Januari.

Bercakap mengenai rekod jualan, presiden dan penerbit Random House Group Gina Centrello berkata: "Walaupun banyak buku oleh tokoh masyarakat boleh dikategorikan sebagai 'memoir selebriti,' Spare lain daripada yang lain.


"Tulus ikhlas, berani dan mesra, Spare melambangkan kisah seseorang yang pada sangkaan kita mungkin sudah mengenalinya, tetapi kini kita dapat benar-benar mengenali Putera Harry melalui luahannya sendiri.

"Melihat kepada penjualan luar biasa pada hari pertama, pembaca jelas bersetuju, Spare sebuah buku yang perlu dibaca dan kami bangga dapat menerbitkan buku ini."

Spare telah diterbitkan di seluruh dunia dalam 16 bahasa dan dikeluarkan secara serentak dalam format cetak dan digital di Amerika Utara oleh Random House US serta Random House Canada dan di Britain oleh Transworld.

Di Britain buku itu ia dijual pada harga GBP14 (US$16) manakala di Waterstones dan WH Smith serta dalam talian di Amazon ia dijual pada harga GBP28.



Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 12-1-2023 03:11 PM
Maunya xlaris,yg membenci pn dok beghebut beli. Hehehe
Quote smudger01 12-1-2023 03:15 PM
Love-hate relationship gitu. Congrats, Harry. Klu u and meg takde, tak dpt cari makan la 'royal reporters' tu.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.082982 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top