CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kantoi Curang! Kerap Ambil Cuti Sama Dengan Awek Satu Ofis, Isteri Takut Nak Tanya Suami Sebab Suka Marah-Marah

12-1-2023 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2789| Komen: 19

Menurut satu perkongsian, seorang isteri yang telah berkahwin hampir tujuh tahun dan dikurniakan dua cahaya mata dengan yang bongsu baru berusia 11 bulan mengakui perkahwinan mereka sangat bahagia sehinggalah berlaku sesuatu yang tidak diduga.


"Suami dan saya masing-masing bekerja biasa sahaja, walaupun kami ada masters dan degree, tapi mungkin belum rezeki nak dapat kerja dalam bidang, jadi kami bersyukur dapat kerja kilang.

"Tapi saya perasan perubahan suami. Dia cepat marah apabila saya ada silap sikit ataupun apabila anak-anak main kasar sikit dengan dia. Dia pernah tertolak anak yang nak main panjat-panjat kat badan," luahnya mengenai suaminya yang berusia 28 tahun.


Gambar Hiasan

Berasa tidak sedap hati, dia kemudian mencari jalan untuk mengetahui punca sehinggalah ternampak mesej yang mencurigakan menerusi aplikasi WhatsApp suaminya.

"Kami tak pernah rahsia apa-apa password telefon pun, saya tak dapat kesan sebarang perkara yang mencurigakan dalam tu. Tapi Allah Maha Besar, Dia gerakkan hati saya nak buka WhatsApp dari telefon saya, saya ternampak ada seorang perempuan mesej dia bila waktu kerja.

"Mesej yang bukan untuk kawan-kawan biasa, mesej yang ada sayang-sayang. Saya masa tu tengah kerja, hanya Tuhan yang tahu macam mana rasa nak menjerit terkejut apabila baca perbualan mereka," katanya menerusi perkongsian di laman Twitter TwtMalayWedding.

Rupa-rupanya pihak ketiga itu merupakan pekerja baharu di tempat kerja suaminya, dan dia cuba bersemuka dengan suami mengenai perkara tersebut secara baik.

"Dia minta maaf. Katanya dia hanya main-main saja dengan perempuan tu, sebab kawan-kawan kerja suka usik dia dan perempuan tu. Allah, ayat tu je pun dah buat hati saya hampir hancur.

"Since saya dah tahu mereka mesej, mungkin mereka dah berhenti WhatsApp untuk sementara waktu. Saya cuba lagi korek rahsia macam-macam," katanya lagi sambil menambah pihak ketiga itu bekerja bersama suaminya yang merupakan ketua di bahagian di tempat mereka bertugas..

Menurut wanita itu, hasil siasatan menemui satu resit restoran untuk 'makan dua orang' pada hari suaminya sepatutnya bekerja, ketika hendak membasuh baju.

"Saya cuba lagi tanya baik-baik, dia minta maaf lagi. Dari situ saya rasa mesti ada lagi something yang saya tak tahu. Jadi, saya cuba buka nak tengok kehadiran, okay jackpot!

"Saya dapat tengok dia banyak ambil cuti tanpa pengetahuan saya, dan cuti dia sama dengan perempuan tu. Sumpah hati saya betul-betul hancur masa tu.

"Saya nak menangis pun takut sebab suami saya sekarang akan marah-marah kalau saya menangis sekalipun, malah dia tak akan pujuk sampailah pagi. Baru dia minta maaf.

"Sekarang, saya masih ada rasa insecure. Walaupun dia dah janji sumpah semua cakap tak ada apa-apa dah, dan minta saya percaya lagi kat dia. Saya masih rasa insecure dan sangat trauma," katanya menerusi perkongsian di Twitter. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 12-1-2023 11:22 AM
So? Apa kesimpulan kisah ni?
Quote dollyding 12-1-2023 11:41 AM
hohohoho.. mcm dejavu baca ni.. memula ambik coti makan berdua.. nnt ambik lagi coti tido berdua
Quote _blackbird 12-1-2023 12:11 PM
ermmm. jgn main2 kan aku... !! aku baca sampai habis tau cerita ni...
Quote monreyes 12-1-2023 12:19 PM
mcm kwn aku la..laki konon susah ambik cuti..sampai aku sindir PM pun blh cuti...laki busy la..abeh tu tak kan burn je entitlement..g holiday pun dgn anak2 je..skali laki nak kawen lagi..mula2 x lps..now aku tak tau la..mcm2 aku hint..ko pernah call opis laki kau x..sume x buat percaya buta2...dia x tau yg aku tau laki dia nak kawen tu..aku wat bodoh je
Quote SWORKS27 12-1-2023 12:23 PM
so, kisahnya kena upgrade system cuti ke?
Quote cmf_premierleag 12-1-2023 12:30 PM
SWORKS27 replied at 12-1-2023 12:23 PM
so, kisahnya kena upgrade system cuti ke?

maybe HR kilang tmpt depa keje ni kene hantar Change of Request form pd IT dept utk hapgred HR system...akak cadangkan pakai saja SAP syst for HR sbb lg canggih dan tally dgn payroll syst sebegitu
Quote renko 12-1-2023 12:31 PM
macam mana dia check kehadiran tu
Quote lattehazelnut 12-1-2023 12:39 PM
Tahun depan lahir baby baru lg..
Quote shernazz 12-1-2023 12:42 PM
Wow
Dah celup2an ke...euw...
Quote sangbara2020 12-1-2023 12:46 PM
so kita nak menggelabah tahap mana ??????????????
Quote prettyuglybabe 12-1-2023 12:52 PM
janji kau berlaki dek..
Quote Firenzza 12-1-2023 01:08 PM
So, lps ni mintak kilang tampal notis board besar2 sapa cuti hari ni. Kt situ blh nmpk laki ko cuti dgn skendel ke x
Quote Decaffeinated 12-1-2023 02:05 PM
pihak ketiga itu bekerja bersama suaminya yang merupakan ketua di bahagian di tempat mereka bertugas

cuti skendel pun laki ko approve ka? mantap!
Quote rosa_canina 12-1-2023 02:45 PM
kalo dh tahap nk menangis pun takut kena marah bagai.. hadap je lah laki ko tu dikk

Quote namieamuro 12-1-2023 03:13 PM
so current issue skrg dh nk berubah ke arah kisah rumah tangge org ke? nk kene buat ape dgn kisah ni?
Quote Nnasda53 12-1-2023 03:29 PM
Kena bantu diri sendiri je la.
Awat takut sgt dgn laki tu dah kenapa.
Quote potpetpotpet 12-1-2023 10:30 PM
biar je la laki ko tu.
Sedangkan laki bini 1 office pon, kalau laki dah gatal, dia menggatal jugak.
Kalau dah kantoi macam ni, sah2 la dia ada hati nk merenyam.
Jantan taguna!
Quote kelip2_07 13-1-2023 10:21 AM
okay dh 2x..so nk tggu brape kali lg?org tu dh syok dh tu..jgn ko plk jd bodoh gduh2 insecure bagai tibe2 ngandung lg
Quote rosedemon 13-1-2023 10:30 AM
bodo punye isteri

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.051021 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top