CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Sakit, Anak OKU Tinggal Dalam Stor Di Kebun- Kutip Tin, Catu Nasi Untuk Sambung Nyawa

12-1-2023 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1698| Komen: 9

ALOR GAJAH – Tiga beranak di Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah di sini, terpaksa me­numpang hidup tinggal di sebuah stor yang terletak di kebun milik seorang kariah selepas tidak lagi mampu membayar sewa rumah berikutan tahap kesihatan semakin merosot.


Hasan Dahlan, 55, terpaksa membawa isterinya, Rosminah Hasdawi, 54, dan anak mereka yang juga orang kelainan upaya (OKU) pembelajaran, Norsofiah Hasan, 18, untuk tinggal dalam keadaan serba daif.

Menurut Hasan, keadaan itu berlaku selepas dia disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik dan terpaksa me­lakukan dialisis pada setiap hari sehingga menyukarkannya me­lakukan pekerjaan.

Foto: Kosmo

“Dahulu kami tinggal di Kampung Pinang di Masjid Tanah, namun terpaksa keluar selepas saya tidak lagi mampu bekerja seperti biasa dan membayar sewa. Kami kini hidup menumpang di kebun orang,” katanya sayu semalam.


Hasan berkata, dia juga tidak mampu menjalani dialisis di hospital atau pusat rawatan dan hanya melakukannya sendiri di rumah dengan keadaan persekitaran yang tidak sesuai.

“Mujur air dialisis ini mempunyai subsidi, dapatlah saya membelinya, namun untuk makan minum kami, semuanya terpaksa dicatu kerana bekalan makanan adalah sumbangan ihsan kenalan.

“Saya hanya menambah pendapatan dengan mencari tin-tin dan kotak-kotak kosong untuk dijual, selain mengambil upah membersihkan masjid berhampiran,” ujarnya.

Kata Hasan, isterinya sebelum ini bekerja menjaga orang tua yang uzur, namun berhenti setelah pesakit itu meninggal dunia dan dia pula mengalami masalah lutut.

Lebih menyedihkan apabila Norsofiah pula sering diserang sawan sehingga gagal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu.

“Anak saya juga baru dapat kad daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menerima bantuan bermula bulan ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional 0400341100030644 atas penama Norsofiah Hasan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 12-1-2023 11:27 AM
Mana dun dan MP masjid tanah nihhh
Quote Simunggu 12-1-2023 12:19 PM
mana zakat?
Quote namieamuro 12-1-2023 02:44 PM
alahai siannye anak dorg. moge sentiase dilindungi dr org2 jahat hati setan. hrpnye acik bole start niage jual2 mknn ke.
Quote talapia 12-1-2023 04:49 PM
peritoneal dialysis.. tetiap hari kena buat.. kalau x silap.. setiap beberapa jam. Means bukan sehari sekali. Tapi boleh buat di rumah.. mudah..

cumanya utk acik ni.. mcm tak sesuai aje.. sbb dialisis cara ni perlukan kawasan yg bersih masa nk buat tu.. takut nnti jangkitan. Moga dipermudahkan urusan mereka.. anak dah dapat kad OKU tu.. tunggu dapat bantuan dlm 300 la kot..

bole la cuba berniaga ke.. modal tu harap adala mana2 pihak bole sumbangkan.. sbb acik ni bila dah dialisis.. ok je.. sihat je dia bole buat keje.. cuma takleh keje berat.. n takleh la keje ngan org.. kang sikit2 nk rehat.. susahla..

wife nya pon.. bole gak bantu2.. takkan nak harap duit bantuan aje.. mmg tak cukupnya.. anaknya pon lembam je kan..  kenala ajar anak tu bekerja untuk bekalan masa depan dia.. dah lembam.. takleh la jadi doktor ke apa.. tapi masih bole keje2 biasa..  RIsau nanti apa2 jadi kt mak pak nya.. terkotang kating si anak tak reti berdikari
Quote gigahertz 12-1-2023 05:42 PM
namieamuro replied at 12-1-2023 06:44 AM
alahai siannye anak dorg. moge sentiase dilindungi dr org2 jahat hati setan. hrpnye acik bole start  ...

I kesiankan anak dia tu.
Kalau mak bapak dia pergi dulu
Mcm mana la dia nak teruskan hidup.
Dah la anak perempuan.
Quote Nenolen 12-1-2023 05:54 PM
harap wakil rakyat n ketua kg sila beri perhatian yer kat keluarga nie…

kaka2 porum semua…jom kita start jaga makan utk dptkan berat badan yg ideal dan dijauhkan dari penyakit 3 serangkai…jommm semua…
Quote Orenn1 12-1-2023 06:16 PM
JkM sila uruskan. Sbb tu kita ada jkm. Ketua kampung tilong buat keja skit, kena alert klu ada penduduk susah kena g melawat n tolong lapor pd JKM.
Quote rosedemon 13-1-2023 10:29 AM
gudluck ya.
Quote CikYaYaYa 14-1-2023 02:16 AM
Kalau laa pakcik makcik nie xdak macam.manaa la dengan anak diaa yang oku tu? Sedih nyaa lahai.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.035301 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top