CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jumpa Bungkusan Kain Diikat Macam Pocong, dalam Ada Gambar Wanita Dicucuk Jarum

12-1-2023 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1291| Komen: 3

JAKARTA – Seorang penduduk setempat menemui bungkusan kain diikat menyerupai hantu pocong yang disyaki perbuatan sihir di sebatang sungai di Riau, lapor laman berita Suara.com.


Bungkusan kain itu kelihatan sangat kotor dan berwarna coklat. Ia diikat menggunakan beberapa utas tali menyerupai bentuk hantu pocong bersaiz kecil.

Detik penemuan bungkusan itu dikongsikan di akaun Instagram @info_rokanhulu.




Bungkusan itu ditemui di tepi Sungai Air Suka Damai Ujungbatu. Beberapa lelaki kedengaran menjelaskan mengenai penemuan itu. 

“Terdapat penemuan di tepi sungai. Di tepi sungai ini ia berlaku,” kata seorang lelaki.


Apabila bungkusan itu dibuka, mereka menemui sekeping gambar seorang wanita memakai tudung yang dilekatkan pada gambar seorang lelaki dan dicucuk dengan jarum.

“Jadi ini nampak seperti sihir. Ini gambar perempuan, selepas itu dicucuk dengan jarum,” kata lelaki lain.



Salah seorang netizen di ruangan komen berkata bahawa bungkusan itu dipanggil buhul atau simpulan. Jika dibuka, ia akan membebaskan mangsa daripada pengaruh sihirnya.

“Kalau tak silap saya namanya buhul (simpul), selalu dibuang ke mana-mana sehingga orang tak jumpa. Jika simpulan itu ditemui kemudian dilepaskan, kesan sihir itu akan hilang. Ini bermakna awak telah menyelamatkan seseorang dari sihir,” kata netizen tersebut. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 13-1-2023 10:28 AM
sape la acik ni agaknya nth2 da ninggal
Quote duri_durians 13-1-2023 01:48 PM
kesiannya la jadi mangsa sihir kedengkian manusia ni..
harap acik tu selamat..
Quote Kak-Rohana 13-1-2023 01:49 PM
Sihir la ni dek.. indon kan kuat bersihir bagai.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.048681 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top