CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyewa Pengotor- Bawa Motor Dalam Rumah, Bilah Kipas Berhabuk Tebal "Macam Manalah Bernafas"

12-1-2023 09:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2374| Komen: 24

Ingatkan batang kayu, rupanya bilah kipas!

Begitulah keadaan kipas di sebuah rumah sewa selepas ditinggalkan oleh penyewa yang tidak bertanggungjawab.


Malah, keadaan di seluruh rumah sebenarnya jauh lebih teruk apabila melihat video yang dikongsikan seorang individu di laman sosial.

Menurut ahli keluarga tuan rumah, banyak kerosakan yang berlaku selain aspek kebersihan tidak dititikberatkan.




"Bawa motor dalam rumah sampai tiles (jubin) pecah-pecah. Setiap inci dinding penuh paku yang diketuk. Jelaga tebal boleh buat jalan tar.

"Tak apalah, kita ambil alih ni make up balik," katanya dalam video sambil mengikis habuk tebal yang melitupi bilah kipas siling.


Tanpa mendedahkan lokasi rumah yang disewakan dan latar belakang bekas penyewa, wanita itu bagaimanapun kesal dengan apa yang berlaku.

"Ni kalau arwah ayah tengok mesti sedih," katanya.

Walaupun tidak dinyatakan tempoh menyewa, kemungkinan bekas penyewa menghuni rumah tersebut bertahun-tahun jika melihat ketebalan habuk pada kipas siling.

Menerusi ruangan komen, dia turut menyatakan selain kerosakan, kekotoran dan habuk tebal, penyewa terdahulu juga 'meninggalkan' tunggakan bil elektrik berjumlah lebih RM300.



"Sewa dengan famili. Ada anak kecil juga tu. Saya pun tak dapat bayangkan macam mana mereka duduk," katanya sambil menambah pasangan itu mempunyai tiga anak.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut terkejut dan tidak menyangka sikap pemalas bekas penyewa yang tidak menjaga rumah berkenaan dengan baik.

"Aku ni malas juga, tapi tak ada la tahap kipas macam tak cuci bertahun-tahun.

"Tak panas ke rumah habuk kipas macam tu sekali.

"Macam manalah mereka hidup. Rumah saya ni ada habuk halus-halus kat tepi kipas pun tak senang hidup. Merenyam hidung, bersin.

"Ini mesti anak beranak semua hidung kebal ni. Kalau tak, tak adanya boleh hidup begitu," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 12-1-2023 10:11 AM
tetiba rasa tak bleh bernafas
Quote sangbara2020 12-1-2023 10:24 AM
xmiang ke muka kalau psg kipas tu
Quote ezacbee 12-1-2023 10:27 AM
Boleh pusing lak kipas tu.. abok tu dah boleh gulung2 pastu jual
Quote Cyempaka 12-1-2023 10:28 AM
Jenis suka ketuk dinding ni bkn saja menyusahkan tuan rumah.. Jiran2 pun tensen jgk. Ketuk 24jam.. Bila tanya xmengaku, semua cakap hantu.. Itu hantu ini hantu..
Jenis ni semoga mati terhantuk kepala 1 keluarga
Quote margo20 12-1-2023 10:28 AM
Adoi ni sewa umah ke bengkel? Bawa motor siap
Quote syamzana 12-1-2023 10:33 AM
kipas tu kesian, jenuh nak berpusing berat wess dgn habuk tebal gitu.
tak faham knp rumah org pemalas ni, tang dinding tu mesti hitam berkerak. korang selet apa kat??ke lepas cuci tgn lap kat dinding?
Quote supernaturalee 12-1-2023 12:20 PM
Cyempaka replied at 12-1-2023 10:28 AM
Jenis suka ketuk dinding ni bkn saja menyusahkan tuan rumah.. Jiran2 pun tensen jgk. Ketuk 24jam.. B ...

ye lah
kt blok iols
rs2nya rumah atas
hari2 duk mengetuk
almost at the same time
area 7.30 ke 8 mlm gitu
bunyi dia ketuk tu dlm 5 ke 10 sec je


Quote cmf_premierleag 12-1-2023 12:34 PM
gini lah..sbb dah byk sgt tenant mangkuk buat hal kat rumah sewa, apa kata pasni hang takyah la buat lg rumah sewa
jd kan je rumah ke-2 hanya utk ahli keluarga je duduk situ
penyewa yg takde rumah sewa sbb tuan rumah taknak kasi sewa, anda sume bleh la duk bwh jembatanb atau atas kubur mcm kt pilipin
sbb bodoh x reti jaga rumah org elok2 kan
ko ingat duit byr sewa ko tu besar sgt ke
Quote lolita737 12-1-2023 12:44 PM
apalah perasaan orang yang tak reti nak jaga kebersihan rumah ni ya..
macam manalah boleh hidup dengan rumah kotor macam tu..
Quote afie_m 12-1-2023 12:50 PM
ish teruk betul habuk tu..
Quote getah 12-1-2023 01:03 PM
aku tak paham lah

ko sebagai pemilik rumah tu boleh je buat syarat2 utk penyewa apa yg boleh dan tak boleh. siapa target penyewa kau, bujang ke family. buat black n white sesiap ditandatangani oleh pemilik dan penyewa.
sekiranya langgar kira burn la deposit. boleh je buat lawatan berkala. inisiatif ko la nak jaga harta benda kau.
ni duit dapat, pastu serah semua kat penyewa jaga harta kau

dah la letak harga sewa serupa israil, pastu nak kene jaga rumah kau lagi.
hujung2 ko upload gambar2 macam ni tahap muntah hijau.. yg ngadap tgk gambar tu kami nitizen ni.

setakat viralkan bnda macam ni sampai jamil mampos pun masalah ni takan setel. kau jugak yang meratib nak kene maintenance balik rumah tu. nitizen gelak je kat pemilik.

buat keje bagi bijak sikit la
Quote prettyuglybabe 12-1-2023 01:07 PM
kipas dekat dengan dapur ke?
biasa memang dekat bahagian dapur kipas lampu segala benda mesti melekit..
dah melekit memang habuk tebal la melekat..
Quote akies 12-1-2023 01:12 PM
Iols kalau ada orang nak menyewa, iols pilih yang betul2..kontrak sewa pun kena detail kan apa yang kita taknak penyewa buat dan penyewa kena jaga harta.

Orang nak cakap kami cerewet ka suka ati la.
Rumah kalau dh rosak berkecah camni..tuan rumah juga kena tanggung.
Quote umbut 12-1-2023 01:45 PM
Nak sewakan umah buat surat perjanjian detail pastu tiap bulan buat lawatan cek keadaan dlm luar umah.
Quote saviour_09 12-1-2023 02:14 PM
tenant from hell
Quote supernaturalee 12-1-2023 02:56 PM

owner from heaven


Quote ainashiqa 12-1-2023 03:15 PM
getah replied at 12-1-2023 01:03 PM
aku tak paham lah

ko sebagai pemilik rumah tu boleh je buat syarat2 utk penyewa apa yg boleh dan ta ...

betul tu sis.benda boleh fikir kn.saja je nk suruh org kesian. zaman sekang manusia byk akal pendek.hahaa
Quote gigahertz 12-1-2023 05:52 PM
syamzana replied at 12-1-2023 02:33 AM
kipas tu kesian, jenuh nak berpusing berat wess dgn habuk tebal gitu.
tak faham knp rumah org pemala ...

Tu bukan habuk sis.
Tu minyak
Quote scorpionkiki 12-1-2023 05:58 PM
I nak cari rmh sewa di area segambut. Kot2 ada di sini yg ada rumah yg blh disewakan. Yg nak duduk situ Professor serta anaknya govt staff. Depa dua2 lelaki...nak balik tidur aja. No cooking.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.082570 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top