CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ibu Chef Wan Meninggal Dunia

12-1-2023 09:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7149| Komen: 83

Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan berkongsi berita duka kehilangan ibu tercinta, Noraini Abdullah atau lebih dikenali Cik Ani kira-kira pukul 6.20 pagi, Khamis.

Allahyarham berusia 93 tahun menghembuskan nafas terakhir selepas 10 hari dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur akibat kanser dan beberapa komplikasi penyakit.

"Ibu sudah meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi tadi," katanya menerusi kiriman Whatsapp kepada kenalan rapat.

Foto: IG

Sebelum itu, Chef Wan, 64, menerusi Instagram memberitahu mahu membawa ibunya pulang ke rumah selepas menerima nasihat daripada doktor.

Namun, dia tidak yakin dapat menjaga ibunya dengan baik kerana bimbang rawatan yang diberikan di rumah tidak sebaik di hospital.


"Doktor memberitahu saya dengan membawa ibu pulang ke rumah, dia boleh mendapatkan penjagaan yang lebih berkualiti dengan keselesaan di rumah saya.

"Tapi kan, jauh di dalam sudut hati saya masih bimbang untuk membawanya pulang dan kami tidak boleh memberikannya penjagaan paliatif dengan baik," ujarnya.



Jenazah akan disolatkan di Masjid Putra, Putrajaya dan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cyber 10, Cyberjaya.

Selain menderita kanser, Cik Ani juga berdepan beberapa penyakit lain seperti alzheimer dan dimentia. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 12-1-2023 09:27 AM
Innalillah. Salam takziah Chef Wan.
Quote GegarVaganja 12-1-2023 09:34 AM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Chef Wan dapat berbakti kat ibunya sampai akhir hayat. Harapnya kita yang dalam forum ni pun sama la dapat peluang tu.

Quote awex^returns 12-1-2023 09:38 AM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Semoga kita mendapat iktibar dari kisah Chef Wan ni, seburuk atau sekurang apa pun kita ibu bapa tu lubuk pahala kita. Jagalah selagi mampu dengan mengharap keampunan dan keredhaan Allah di atas bakti kita
Quote Dalcott 12-1-2023 09:41 AM

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote hannan_rayyan 12-1-2023 09:47 AM
salam takziah tokwan
Quote chandrahusin 12-1-2023 09:49 AM
Innalillahi wainnaillahirojiun
Takziah chef wan
Hilang dh doa seorg ibu
Sedihnya
Quote electricopop 12-1-2023 09:50 AM
GegarVaganja: إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَChef Wan dapat berbakti kat ibunya sampai akhir hayat. Harapnya ki ...


Betul tu... Takziah...

Quote pujanggacinta 12-1-2023 09:51 AM
innalillah...
salam takziah buat chef wan sekeluarga
moga cik ani ditempatkan bersama org org beriman
alfatihah
Quote Thunderclouds 12-1-2023 09:52 AM
Innalillah
Salam takziah chepp
Quote Moriess 12-1-2023 09:59 AM
Innalillah …. Salam takziah tokwan
Quote luc 12-1-2023 09:59 AM
Salam takziah Chef Wan. He is a good son.
Quote zuliana29 12-1-2023 10:06 AM

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Salam takziah buat DCW sekeluarga.
Quote talapia 12-1-2023 10:15 AM


إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Takziah Chef Wan.
Untung dia.. diberikan kesempatan berbakti sehingga ke akhir hayat mak dia.
Even sempat berikan the best palliative care di hospital.. sempat menemani arwah di hari2 terakhirnya..

Quote chikumanis 12-1-2023 10:16 AM
salam takziah cepone. semoga dipermudah segala urusan hari ini
Quote mesmerize 12-1-2023 10:17 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun.. takziah Dato Chef dan keluarga.. semoga arwah Cik Ani ditempatkan di kalangan orang2 beriman dan ahli syurga... sedih pulak baca
Quote hareeeesah 12-1-2023 10:21 AM
Alfatihah untuk arwah. Takziah chef wan & family.
Quote doubleA 12-1-2023 10:25 AM
Takziah cepwan. Anak yg baik
Quote DeLuna85 12-1-2023 10:30 AM
Inalillah.. hari2 dia caption panjang2 sampai orang keliru dah meninggal ke.
Quote dibs 12-1-2023 10:31 AM
Salam takziah chepwan n family..nampak helok je dia jaga mak dia..Alhamdulillah berbakti smpai akhir hayat..smga Alharhumah ditempatkan di kalangan org2 beriman..aamiin..

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.247432 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top