CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Pukul, Ugut Bunuh Ibu Kerana Berhubungan Dengan Lelaki Lain

11-1-2023 11:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 963| Komen: 8

Seorang ibu tunggal dipukul di bahagian muka malah diugut bunuh oleh anaknya sendiri hanya kerana suspek tidak berpuas hati hubungan mangsa dengan lelaki lain dalam kejadian di sebuah premis di sini pada Selasa.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 1 tengah hari semasa mangsa berada di kedai miliknya di Jalan Utama 1/11, Taman Perindustrian Puchong Utama di sini sebelum didatangi suspek.


Gambar hiasan

"Suspek seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun bertindak terus memarahi ibunya di kedai terbabit.

"Suspek kemudian memukul bahagian muka ibunya menggunakan sekeping fail dan mengugut mahu membunuh mangsa.


"Punca kejadian dipercayai kerana suspek menuduh mangsa mempunyai hubungan dengan lelaki lain selepas kematian bapanya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Wan Azlan berkata, bertindak di atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Rumahtangga dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya berjaya menahan suspek sekitar jam 11.30 malam Selasa.

Beliau berkata, hasil ujian urin terhadap suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan semakan mendapati suspek mempunyai 15 rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan dadah.

"Suspek direman tiga hari bermula Rabu hingga Isnin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan merujuk kepada kesalahan menakutkan secara jenayah.

"Jika disabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali," ujar beliau.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 11-1-2023 11:49 PM
Biarlah mak dia nk cari laki lain. Bapanya pun dh arwah. Maknya pun ada life sendiri, anak pun dh 35 tahun
Quote mojarean_X 11-1-2023 11:52 PM
Iols rasa anak dia mesti expect mak dia mesti jd spt dlm drama melayu. Dh kematian laki kena setia dok kt umah sambil menunggu kepulangan anak cucu pulang utk diraikan
Quote Atata 12-1-2023 12:20 AM
Bodo punya anak isap dadah lg
Quote hareeeesah 12-1-2023 08:29 AM
Patut la pukul mak.. kalau mak ada laki lain nnt mati la dia xde sapa nk tanggung nak beli dadah lg
Quote green~tea 12-1-2023 09:38 AM
Nak mintak duit beli dadah le tuuuuu.. tp buat alasan pukul mak sbb tak suka bakal ayah tiri...


Wei.. dah ada laporan polis tu sumbat je laaa anak tak guna penganggur 35 tahun penagih dadah masuk pusat pemulihan..

Ramai betul mak pak bodoh syg anak rela biar anak penagih dadah
Quote nononcrux 12-1-2023 10:54 AM
lokap je la sumur hidup.. isap dadah rupanya
Quote Decaffeinated 12-1-2023 11:04 AM
rasa tercabar le tu, mak tentu akan ikut cakap laki baru

Sampai masa kot Malaysia jadi negara pertama di dunia ada kan penjara berbayar. Siapa masuk dalam kita charge. Tak mampu boleh opt untuk bunuh diri.



Quote crossfire 12-1-2023 12:15 PM
taik dadah...next

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.088257 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top