CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tampar Bini, Bengang Tak Dapat Pakai Kereta

11-1-2023 09:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1978| Komen: 22

Hanya kerana tidak dibenar menggunakan kereta, seorang lelaki bertindak mencederakan isterinya dalam pergaduhan di hadapan sebuah kilang di Bakar Arang, di sini petang semalam.


Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu menyebabkan mangsa berusia 44 tahun mengalami kesakitan di pipi dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) akibat ditampar suaminya berusia 45 tahun.


Gambar hiasan

Mangsa merupakan seorang suri rumah kemudiannya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya selepas dia turut diugut dicederakan oleh suaminya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada mangsa pada pukul 3.51 petang semalam.


“Sebelum itu pasangan terbabit bertengkar di hadapan sebuah kilang kerana isterinya tidak membenarkan suaminya mengambil dan menggunakan kereta Proton Wira miliknya.

“Berang kemahuannya tidak ditunaikan, suspek kemudian bertindak menampar pipi isterinya selain mengugut untuk mencederakannya,” katanya di sini, hari ini.



ZAIDY CHE HASSAN

Kata Zaidy, polis menahan suaminya yang bekerja sebagai operator sebuah kilang kerana mendatangkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah.

Menurutnya, pasangan suami isteri itu yang tinggal di Bandar Puteri Jaya, di sini telah berkahwin selama 25 tahun dan mempunyai tiga orang anak berusia antara 18 hingga 25 tahun.

Suspek kini direman empat hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 11-1-2023 09:52 PM
Tampar hanya hal kereta. Tak boleh bawa bincang ke. Malu lah cik abang oi kau naik tgn pd perkara tak berfaedah.
Quote nakkomenjugak 11-1-2023 10:39 PM
Sis should've hid steering lock somewhere dalam kete
heol tampar sis dengan tangan
sis tampar heol dengan steering lock
let him know these hands are rated E for Everyone sissss...
Quote Perawankota 11-1-2023 10:50 PM
Aku ni tengah tgk drama Cina Buta, at the same time scroll forum.. tiba2 alip ajis ckp kt nad zainal “sayang,saya nk pinjam kereta malamni Blh tak?”

Quote she 11-1-2023 11:01 PM
Lakinya tak mampu beli kete lagi satu kah?
Beli ajelah motor
Umor dah 45
Quote kotakbaju 11-1-2023 11:05 PM
Yg si suami tu pun ikut sangat baran tu

Tapi kan


Manis pulak muka tuan zaidy ni
Quote mojarean_X 11-1-2023 11:22 PM
Edited by mojarean_X at 11-1-2023 11:46 PM

Anak2 dh besar panjang pun mak bapa gaduh smpi jd kes polis. Iols rasa mesti bini dia ni dh lama tahan sabar ataupun laki dia yg dh lama tahan sabar
Quote Lily_Elizabeth_ 11-1-2023 11:22 PM
kotakbaju replied at 11-1-2023 11:05 PM
Yg si suami tu pun ikut sangat baran tu

Tapi kan

Kan...

Muka lelaki melayu.

Charming sebenarnya.

Dia nampak charming sebab pangkat dia.
Kalau hanya technician tukar lampu tak nampak charming sangat.

Kadang orang lelaki dewasa ni bukan rupa yang penting, keramahan, kelembutan dalam berkata, gentleman, tidak mudah melenting, haaa itu charming sebenarnya.

Ewah!.

Quote imransulaiman 11-1-2023 11:32 PM
Isteri suri rumah lagi mampu beli kereta banding si suami pekerja kilang.

Isteri dia dapat kereta menang lucky draw gedung textile ke? Atau harta pusaka?
Quote kotakbaju 11-1-2023 11:44 PM
Lily_Elizabeth_ replied at 11-1-2023 11:22 PM
Kan...

Muka lelaki melayu.

Iye setuju dengan semua uols tulis

Entah kenapa iols rasa abam pulis ni ada semua ciri2 yang uols kata tu
Quote CikYaYaYa 12-1-2023 12:45 AM
ikut sangat panas baran tu kan dahh mendapatt. Xpasai jadi kes polis. Malu kat anak2 yang dah besar tu
Quote TomyamPuteh 12-1-2023 07:55 AM
Mesti dia dh janji nk bwk aweks dia jenjalan kt Pantai Merdeka.
Quote jazaa100 12-1-2023 07:57 AM
imransulaiman replied at 11-1-2023 11:32 PM
Isteri suri rumah lagi mampu beli kereta banding si suami pekerja kilang.

Isteri dia dapat kereta m ...

Keta wira je dik...
Hasil menabung blh je dpt.....
Quote jazaa100 12-1-2023 07:59 AM
Nak bwak skandal le tu....
Klu setakat nk guna pi amik brg yg blh mendatang kn income, bini dia mesti siap isi minyak sampai F....
Quote Buritan 12-1-2023 09:41 AM
kotakbaju: Yg si suami tu pun ikut sangat ...


Birahnya ekauuuuu.. sekadar meminjam kata kata sis changa
Quote Buritan 12-1-2023 09:42 AM
TomyamPuteh replied at 12-1-2023 07:55 AM
Mesti dia dh janji nk bwk aweks dia jenjalan kt Pantai Merdeka.

Hohoho awek endon kot.. rasanyaa awek mulayu tarak pndg wira cabuklaa sis
Quote imransulaiman 12-1-2023 09:45 AM
jazaa100 replied at 12-1-2023 07:57 AM
Keta wira je dik...
Hasil menabung blh je dpt.....

Mesti hasil tabungan dari bayi kan kak jazz...

Lepas gaduh sampai viral tu agaknya ending berceraian tak? Kesian...
Quote syamzana 12-1-2023 09:46 AM
mau berdesing telinga akak ni kene penampar.
tak pasal2 masuk lokap, silap hb kene buang kerja. main ugut2 plak.
mujur anak2 dah beso blh tlg terajang ayahnya kot habis reman mau dicarinya bini nak bergocoh
Quote putu 12-1-2023 10:42 AM
Knp la banyak spesies lelaki xguna wujud d muka bumi ini
Quote sangbara2020 12-1-2023 12:56 PM
kalau gaduh2 genggini pastu cmne....cerai ke ape

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.255714 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top