Thailand merancang mengutip yuran sebanyak 300 baht (RM39.25) kepada pelancong asing yang tiba di negara tersebut bermula Jun depan, lapor Channel News Asia (CNA).
Difahamkan, yuran tersebut akan digunakan untuk membantu pelancong terbabit dalam kemalangan dan membangunkan destinasi pelacongan. "Yuran ini tidak dikutip daripada warga asing yang mempunyai permit kerja dan pas sempadan," kata Menteri Pelancongan, Phiphat Ratchakitprakarn. Cadangan itu mula dipertimbangkan pada tahun lalu dan tertakluk kepada kelulusan kabinet. Phiphat berkata, perbelanjaan pelancongan diramal mencecah sekurang-kurangnya 2.38 trilion baht (RM311 bilion) pada tahun ini.
Pada tahun 2019, Thailand mengalu-alukan kemasukan 40 pelancong di negara tersebut. Sumber: Sinar Harian
|
akusukaq replied at 12-1-2023 07:07 PM
Lepas ni tak payah ke Siam dah..bukan indah mana pun. Boleh ke Indon plk...
ADVERTISEMENT