CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Uniqlo Jepun Naik Gaji Hingga 40 Peratus

11-1-2023 09:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1027| Komen: 6

Syarikat induk Uniqlo, Fast Retailing semalam memaklumkan akan menaikkan gaji ribuan pekerjanya di Jepun sehingga 40 peratus bagi membantu menjadikan syarikat itu lebih berdaya saing di peringkat global.


Peningkatan gaji akan membabitkan kira-kira seramai 8,400 pekerja sepenuh masa daripada 56,000 yang bekerja untuk syarikat induk Fast Retailing di Jepun.

Bagaimanapun, peningkatan gaji itu berbeza-beza mengikut kategori kakitangan, dengan pekerja yang baru sertai syarikat itu mungkin mengalami kenaikan kurang daripada 20 peratus, sementara mereka di peringkat jawatan pengurusan atau lebih berpengalaman bakal memperoleh peningkatan pendapatan sehingga 40 peratus lebih setahun.


Japan Web Magazine


Dalam satu kenyataan, Fast Retailing berkata dengan peningkatan gaji, diharapkan dapat membawa kepada 'pertumbuhan individu' dan seterusnya, 'memberi daya saing global yang lebih besar'.

Selain kenaikan gaji, pelarasan lain juga akan dibuat bersama-sama gaji pekerja sambilan yang diumumkan tahun lalu, akan menyaksikan kos kakitangan Fast Retailing di Jepun meningkat kira-kira 15 peratus.

Langkah itu diambil ketika inflasi Jepun berada pada 3.7 peratus pada November, iaitu angka tertinggi sejak 1981, selain gesaan Perdana Menteri, Fumio Kishida yang meminta majikan memberikan gaji yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, Fast Retailing tidak mengaitkan keadaan ekonomi Jepun ketika syarikat itu mengumumkan kenaikan gaji, sebaliknya mengatakan gaji itu berdasarkan kriteria 'diselaraskan secara global'. 


Sumber: BH

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 11-1-2023 10:57 PM
Kat sini pon gaji dorg ok je kan
Quote CikYaYaYa 12-1-2023 01:00 AM
Bestnyaaa kalauu Malaysiaa pon macam nie
Quote sharlenetexas 12-1-2023 01:05 AM
Uniqlo ni nama asal company nama jepun apa ek? Pernah baca sejarah uniqlo dulu.
Quote nazzse 12-1-2023 08:39 AM
Gaji dieorg sini pun antara yg tinggi utk retailing.. tapi mmg penat amatlah. Keja style jepun. turnover tinggi
Quote green~tea 12-1-2023 08:56 AM
sharlenetexas replied at 12-1-2023 01:05 AM
Uniqlo ni nama asal company nama jepun apa ek? Pernah baca sejarah uniqlo dulu.

Unique clothing
Quote Lagubestbest 14-1-2023 09:23 PM
Bos2 malaysia pulak asyikla nak turunkan gaji untuk company lebih berdaya saing. hihi.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.033426 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top