Zaman pengarah boleh mendapat apa saja yang diingini, kata Aziz M Osman, sebenarnya sudah berlalu dan keadaan sekarang jauh berubah berbanding dulu.
Menurutnya, pengalaman sebegitu pernah dirasainya suatu ketika dulu namun dengan perbezaan ketika in dia harus berlapang dada. “Saya pernah tempuhi zaman apa saja diminta, pasti akan dapat tapi zaman itu semua dah berlalu. “Kita pernah naik (dulu), jadi kena turun (sekaang), inilah namanya kehidupan,” kata pengarah terkenal itu. Situasi itu juga, menurut Aziz, 60, menjadi antara penyebab dia memperlahankan kariernya dalam bidang pengarahan sejak kebelakangan ini.
Malah kata Aziz, menghasilkan filem atau drama buat masa sekarang bukan lagi satu mata pencarian utama sebaliknya, ia dilakukan semata-mata kerana minat. “Saya buat sebab suka, bukan kerana duit. “Sekarang saya undur diri sedikit ke belakang (perlahankan karier seni) demi bantu isteri berniaga. “Ditakdirkan, muncul pula tawaran rezeki untuk berlakon dengan beberapa produksi, alhamdulillah,” katanya. Aziz berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama bersiri lakonan terbarunya, Legenda Puteri Qaseh, di sebuah kompleks beli-belah di Petaling Jaya baru-baru ini. Ditanya jika dia memperlahankan rentaknya sebagai pengarah kerana merajuk gara-gara XX Ray III menerima kecaman orang ramai, Aziz menjawab ia bukan petunjuk kariernya sebagai sutradara sudah berakhir.
|
ADVERTISEMENT