CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kosmetik Tiada Notifikasi Dirampas

11-1-2023 08:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 514| Komen: 1

Jabatan Kesihatan Selangor merampas produk komestik yang tidak mempamerkan nombor notifikasi Kementerian Kesihatan (KKM) dianggarkan bernilai RM58,000.

Pengarahnya, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman, berkata serbuan minggu lalu dibuat susulan maklumat orang ramai mengenai perniagaan kosmetik yang disyaki tidak bernotifikasi dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.


Jabatan Kesihatan Selangor merampas produk komestik yang tidak mempamerkan nombor notifikasi. - Foto KKM

"Pada 5 Januari lalu, Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Jabatan Kesihatan Selangor menjalankan operasi serbuan dan merampas berpuluh-puluh kotak kosmetik berkenaan.

"Siasatan mendapati, modus operandi sindiket ini memasarkan keluaran kosmetik tidak bernotifikasi melalui laman sesawang.


"Produk kosmetik ini untuk tujuan pemulihan dan antipenuaan kulit tanpa merujuk kepada pengamal perubatan berdaftar yang dikhuatiri akan mengakibatkan kesan sampingan buruk dan membahayakan kesihatan orang ramai," katanya hari ini.

Dr Sha'ari berkata, kes berkenaan akan disiasat mengikut Akta Jualan Dadah 1952 dan jika sabit kesalahan, pihak yang berkaitan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000.

Katanya, KKM menasihatkan orang ramai sentiasa berhati-hati membeli keluaran kesihatan dan kosmetik.

"Orang ramai juga digalakkan untuk mengemuka aduan dan menyalurkan maklumat berkenaan produk yang meragukan untuk membanteras penjualan produk kesihatan yang tidak dibenarkan bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang awam.

"Aduan dan maklumat boleh disalurkan kepada laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my atau melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov.my atau mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan atau melalui talian 03-78413200," katanya.


Sumber: BH

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 11-1-2023 10:01 PM
Memanjang je kata rampas produk itu produk ini. Ye, bagus dah tu tapi jgn lah lupa bgtau nama produk sekali.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.065987 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top