CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kami Madu Berempat Elok Saja, Siap Duduk Serumah Lagi,"-Isteri Kedua Mohon Jangan Benci Sangat Poligami

11-1-2023 06:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9086| Komen: 166

Setelah pengarah kontroversi, Syamsul Yusof mengaku bernikah dengan wanita pilihannya, Ira Kazar di Thailand, pelbagai isu berbangkit dapat kita lihat di media sosial.

Topik 'tambah isteri' paling hangat dibincangkan terutama sekali bagi golongan wanita yang berfikiran skeptikal dengan isu poligami.

Ketika ramai menyuarakan pendapat mengenai kehidupan berkongsi suami, tampil seorang wanita mendedahkan sisi positif dan kemanisan hidup berpoligami.


Foto: via mStar

Menurut Amira Rasid, dia yang merupakan isteri kedua secara tidak langsung turut berasa terpalit apabila ramai mengecam teruk dan menggelarkan isteri nombor dua sebagai 'penyondol' di media sosial.


"Disebabkan kes Ira Kazar, isteri kedua teruk dikecam," katanya dalam video tersebut.

Tegasnya, netizen tidak seharusnya 'pukul rata' semua keluarga yang memilih untuk hidup dalam suasana berpoligami.

Bukan itu sahaja, Amira turut berpandangan berpoligami kelihatan kejam disebabkan kritikan dan pandangan negatif orang ramai terhadap mereka yang berkahwin lebih daripada satu.

Foto: via mStar

"Poligami tak kejam. Tapi manusia yang kejam sebab mengeruhkan lagi keadaan.

"Sibuk judge orang. Lupa yang rumah tangga sendiri tak terjaga.

"Doakan yang baik-baik sahaja," ujarnya.

Bagi Amira, walaupun pahit menjalani hidup apabila sering dipandang negatif, sebenarnya bahtera hidup bersama empat isteri semestinya mampu dikendali dengan baik sekiranya suami sebagai ketua keluarga faham dan menjalankan tanggungjawabnya.

Dalam hantaran dibuat, Amira juga menunjukkan foto madu-madunya yang dikatakan duduk sebumbung.

"Kami madu berempat elok saja. Siap duduk serumah lagi.

"Janganlah pukul rata. Nak rasa manisnya madu, bolehlah cuba," katanya berseloroh.

Hantaran itu menjadi tular setelah dimuat naik sehingga menerima pelbagai reaksi dan pendapat netizen di TikTok.

Seorang pelayar membuat luahan mengenai ketidaksanggupan untuk bermadu dan Amira membalas komen tersebut dengan menjelaskan pengalaman dirinya sendiri.

Sama seperti golongan hawa lain, dia sendiri pernah menjadi insan yang menolak untuk berpoligami.

Namun, segala-galanya kini berubah apabila dia sendiri bahagia menjalani kehidupan bersama tiga madu tersayang.

"Perkataan macam sis inilah yang saya pernah ungkapkan dulu masa zaman sekolah. Saya tak sanggup dimadukan.

"Tapi Allah maha mengetahui. Apa yang paling saya tak nak itulah saya dapat. Ujian untuk saya.

"Sebab itu saya nasihatkan anda semua, kalau tak suka lebih baik diam. Jangan terlalu kritik. Jaga percakapan. Lebih baik anda doakan yang baik-baik," katanya lagi.

Jika diteliti pada ruangan komen, walaupun pendapat wanita ini diterima pakai kebanyakan netizen, terdapat segelintir golongan tidak bersetuju dan menyatakan pandangan mereka.

"Madu empat duduk serumah? Maknanya tak mampulah. Tapi dah madu-madu boleh tolak ansur... ikutlah macam mana pun.

"Tak semua orang suka hidup berkongsi-kongsi.

"Tak semua wanita boleh terima kehadiran insan kedua.

"Tak salah kahwin ramai. Yang salah bila tak berlaku adil. Sekurang-kurangnya bagitahu isteri pertama nak kahwin ni senyap-senyap saja siapa tak marah kan," komen netizen di TikTok. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 11-1-2023 06:56 PM
Duduk serumah ye amira..sengkek sgt ke laki korg? Bila laki ko berjimak dgn madu² lain ko dengar je or join sekaki?
Kalau bermadu n duduk serumah tak tah citer la..duk diam² je.
Quote miszclassique 11-1-2023 06:58 PM
Euw mesti miskin sampai kena kongsi rumah
Dahla burung kena kongsi, rumah ngan barang2 lain pun kena kongsi jugak
Yihhhhh
Quote liyamariska 11-1-2023 07:05 PM
Edited by liyamariska at 11-1-2023 07:35 PM

Boleh dok serumah dgn madu2 lain... nampak cm ada yg tak kena jer... teringat citer sorg selebriti lelaki yg berbini 4 tup2 sorg pastu minta cerai...
Quote makita 11-1-2023 07:09 PM
Tipu la kalau takde dengki2 dan cemburu. Sedangkan mmg naluri manusia, Aishah pon jeles pada Siti Khadijah yg lama xde.
Quote umbut 11-1-2023 07:12 PM
Eeeewwww.... nak kahwin 4 tapi dok serumah.. yg bini2 kemain bangga.. yg anak2 tgk je pak masuk bilik mak2 sekian... kira bini2 ko tu dah bagi tugasan sorang masak sorang jaga anak sorang kemas umah sorang kerja tak yah upah maid ke... nak kahwin byk pun sediakan lah rumah tiap bini.. bangga eh bini2 dapat burung celup
Quote margo20 11-1-2023 07:15 PM
Waww serumah besar mana rumah tu
Quote namr 11-1-2023 07:16 PM
Edited by namr at 11-1-2023 07:21 PM

dulu2 jiran aku bini 1 n 2  dok serumah berperang hari2 even rumah tu mmg dapur 2bini tu asing2..kira dorang dlm rumah pun tak bertembung tp still gaduh jua.. last2 dia asingkan rumah and tambah bini cukup 4.semua duk asing2
Quote alieyrina 11-1-2023 07:22 PM
Sapa yg blurkan muka tu. Dia bangga okay ada madu2. So takyah la p blur muka derang. Dia sendiri yg post kan
Quote AkokKocik 11-1-2023 07:28 PM
Klu gembira knp blurkn muka???
Rasulullah dh pesan klu kawen somi kena asingkn tempat tinggal istri dgn ibubapanya....yg ni plak kumpul trus istri2 dlm Satu rumah...skrg mmang gembira, tunggulah suatu ketika, jgn gembira sgt ye nk org trima poligami hanya krn diri rasa gembira.
Quote green~tea 11-1-2023 07:33 PM
Edited by green~tea at 11-1-2023 07:34 PM

Duk serumahhhhhhh??????????

Apa ke babiiiiiii suami ko sengkekkkkkkkk tp beria nak kawen 4..
Quote jejaka_hensem 11-1-2023 07:34 PM
Nampak sgt si suami tu tak mampu,tapi nak jugak ikut sunnah katanya
Dah la zakar kena share,
rumah,barang2 pun kongsi.kesian betul korang hidup bermadu
Quote green~tea 11-1-2023 07:36 PM
Pak sedara aku bini 3... heols dah >60 tahun so tak larat nak ulang alik 3 rumah jauh2...  so dia himpun dalam satu taman je lah all 3 bini tp still rumah asing2 laaa.

Bukan miskin sengkek mcm lebai babi ni
Quote awanearisu 11-1-2023 07:38 PM
Edited by awanearisu at 11-1-2023 07:41 PM
Menurut Amira Rasid, dia yang merupakan isteri kedua secara tidak langsung turut berasa terpalit apabila ramai mengecam teruk dan menggelarkan isteri nombor dua sebagai 'penyondol' di media sosial.


Kalau tak buat, tak perlulah terasa.
Quote misc 11-1-2023 07:41 PM
Apa komen isteri pertama. Komen isteri kedua tak boleh pakai sebab dia pun perampas jugak mcm isteri ketiga dan keempat.
Quote subee 11-1-2023 07:48 PM
krustykrab replied at 11-1-2023 06:56 PM
Duduk serumah ye amira..sengkek sgt ke laki korg? Bila laki ko berjimak dgn madu² lain ko dengar je ...

Saya ada kenal sorang ni… berbini 2.. sesekali sesekala mmg depa ber3 akan tidoq sekatil …ran mmg 2 madu ini tinggai serumah..
Quote azimodin 11-1-2023 07:52 PM
Nak rasa manisnya madu, cubalah...

Ewww, aku x suka benda manis.. so xyah cuba la kan.
Quote azimodin 11-1-2023 07:53 PM
Tambah sikit, dah la makan hati kena berkongsi pensel.. rumah pon nak kena kongsi jugak. Manis celah bedah mana?
Quote Kitty_catz 11-1-2023 07:53 PM
rumahtangga korang tu rumahtannga korang

jgn sesekali samakan rumahtangga orang lain

sama macam kubur asing2 la... paham
Quote uori 11-1-2023 08:02 PM
yang mencapub ni takde sorang pun aku tengok dalam keadaan yang sama dengan kes SY-PS, baik retis atau netizen. lagi banyak statement dorang keluarkan, lagi bodoh aku tengok

Lihat semua komen(166)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.058568 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top