CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jijik, Loya! Mamak Di Klang Kantoi, Pekerja Gaul Ayam Atas Jalan Tar

11-1-2023 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3844| Komen: 47

Jijik dan meloyakan!

Tindakan seorang lelaki yang dipercayai pekerja di sebuah restoran mamak selamba menyediakan bahan masakan di atas jalan tar di belakang premis.


Nampaknya insiden tikus 'meratah' ayam goreng di sebuah restoran mamak baru-baru ini tidak dijadikan pengajaran susulan video aksi pekerja tersebut mulai tular sejak Selasa.


Foto: via mStar

Menerusi video kira-kira 42 saat itu, pekerja berkenaan menggaul ayam di atas jalan tar dipercayai berlaku di sebuah restoran di Klang, Selangor.

Bukan sahaja menggunakan bekas makanan yang kotor, malah tempat penyediaan bahan masakan juga tidak sesuai.


Cara penyediaan di kedai mamak terbabit ternyata mengundang rasa jijik dan geli dalam kalangan netizen.

Rata-rata menyifatkan kaedah tersebut kemungkin merupakan 'resipi' yang menjadikan masakan mereka menjadi kegemaran pelanggan yang sering berkunjung ke premis itu.

"Resipi rahsia turun-temurun.

"Ayam rempah jalan tar.

"Teknik memasak rahsia dan akan rasa lebih sedap.

"Patulah sedap, tapak kasut pun ada," demikian antara komen netizen.

Video tersebut bagaimanapun tidak menyatakan bila kejadian berlaku, dan tidak dipastikan sama ada terdapat tindakan pihak berkuasa ke atas restoran berkenaan.

Terdahulu, tular video seekor tikus 'menjamah' ayam goreng di sebuah restoran mamak di Pandah Indah, Kuala Lumpur.

Susulan kejadian itu, restoran tersebut dikenakan tindakan pembatalan lesen serta-merta.

Sebelum itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor yang sudah mengeluarkan Notis Perintah Tutup selama 14 hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, hasil pemeriksaan dilakukan mendapati tahap kebersihan makanan premis itu tidak memuaskan.

Katanya, enam notis kompaun turut dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 kerana gagal dalam beberapa aspek kawalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote habisnamadahni 11-1-2023 05:34 PM
mana video..tgk kat mana
Quote ezacbee 11-1-2023 05:36 PM
Ayam masak tar




Quote Zazama 11-1-2023 06:08 PM
Uli atas tar ke tu. Tak berapa jelas.
Quote jiwasemangat 11-1-2023 06:11 PM
Besen ada ayam tuu dia letak atas tar..
Ayam masak aspal... sedap skett nama nya
Quote toynme 11-1-2023 06:15 PM
dah tahun 2023 ponnn masih nak pegi mamak....udah2 ler
Quote totokreturn. 11-1-2023 06:17 PM
Klang darul apa ................. (sila sambung)
Quote monreyes 11-1-2023 06:18 PM
atas jln tu ada mcm2 bahan rahsia....haktuih...taik tikus...kencing dll
Quote monreyes 11-1-2023 06:25 PM
blh pulak dia kaut rempah tu masuk besen..jem otak aku jap..seb baik dah lama pangkah mamak
Quote anony-mous 11-1-2023 06:28 PM
Mcm mana la org xlabel mamak tu pengotorrrr
Quote Zazama 11-1-2023 06:53 PM
Kadang rasa musykil. Biasa kedai mamak pekerjanya muslim kan? Sebab hampir semuanya berkopiah. Dah kalaulah memang muslim, tak kan diorg  tergamak buat kerja kotor gitu melainkan kopiah atas kepala itu hnya sekadar lakonan semata2? Sekadar bertanya..
Quote makita 11-1-2023 07:12 PM
Kat tempat meols manak restoren  kayu apa tah ayam seketul RM9 ya...ada campuran mcm ni la kot spesel
Quote umbut 11-1-2023 07:14 PM
Pekerja mamak ni mostly dari india sana. Tgk ler street food sana camna. Jijikkkk...  
Quote sepiITUindah 11-1-2023 07:14 PM

[youtube]Cb_meQTNo5s[/youtube]
Quote Belibis 11-1-2023 08:34 PM
Ko cerita la kotor macam mana punnnn,tetap jugak penuh umah melayu masuk...
Quote ninja9 11-1-2023 08:42 PM

gila ka apa n i.... kerajaan kena wajibkan siapa yang nak buka bisnes makanan wajib ada diploma pengurusan makanan

Quote Skuau 11-1-2023 08:47 PM
ntah mamak..klang tu dah 'ditakluki' warga asing...dh.
Quote mejaputih 11-1-2023 09:36 PM
Gila la dia mmg gaul ayam tu atas tar..pastu dia letak dlm besen..pastu dia kaut lebihan air gaulan pastu letak dlm besen tadi..atas jalan weih..
Quote mejaputih 11-1-2023 09:37 PM
Sib baik la iols sefamily mmg dah lama pangkah mamak..pandang pun idak...dah la mahal kotor lak tu...
Quote rosmahisham 11-1-2023 09:42 PM
Alamak baru dinner td order nasi kandar ayam madu..baru tgk video ni mual iols!

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.297127 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top